Senang je rupanya nak buat Kek Tapak Kuda viral, ada bahan ni ‘confirm’ menjadi

Baru-baru ini, ramai di media sosial bercakap tentang Kek Tapak Kuda yang viral dijual secara dalam talian. Sampai sold out ya kek tapak kuda yang dijual.

Kek berbentuk tapak kuda ini menjadi pilihan ramai disebabkan bentuknya yang unik dan berbeza daripada kebanyakan kek yang dijual di pasaran. Pada permulaannya, kek ini dijual hanya dengan isian Nutella, tetapi sekarang pelanggan boleh memilih dari pelbagai variasi dan isian yang ditawarkan.

Beberapa contoh isian termasuk ‘matcha crunchy’, ‘Biscoff crunchy’, dan sebagainya. Isian ‘matcha crunchy’ dikenal sebagai salah satu antara yang paling diminati oleh para pelanggan.

Resepi Kek Tapak Kuda Lembut dan Gebu

Bahan-bahan:

Langkah pertama, pukul bahan-bahan tersebut hingga lembut dan kembang, kecuali butter yang sudah dicairkan. Setelah mencapai kelembutan dan kekembangan yang diingini, masukkan butter yang telah dicairkan. Teruskan memukul sehingga semua bahan rata.

Ambil 100g daripada adunan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko jika ingin memberikan warna koko pada bahagian dalamnya. Simpan sedikit lebihan adunan untuk digunakan sebagai lorekan pada bahagian atas kek nanti.

Gunakan loyang berukuran 10 inci. Bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 25-30 minit, mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Setelah selesai dipanggang, biarkan kek sejuk sejenak dengan membalikkan kek. Kemudian, balikkan semula ke posisi semula. Bungkus ketat-ketat dengan menggunakan plastik cling wrap agar kek tetap segar dan lembap.

Anda boleh menambahkan filling sesuai dengan selera anda. Untuk elakkan agar filling tidak terlalu meleleh ketika dipotong, disarankan untuk meletakkannya dalam peti sejuk (chiller) sebelum proses potong kek.

Baca juga: “Walid kaki cemburu sampai umi terpaksa berhenti kerja dan duduk rumah je. Jenuh kami paksa umi bercerai tapi umi cuma senyum”