Crepe ialah menu pencuci mulut yang popular, menawarkan rasa manis dan kelembutan dengan pelbagai perisa yang menarik.
Maka tidak menghairankan apabila banyak pelanggan sanggup beratur panjang untuk membeli crepe viral yang dijual oleh para peniaga makanan.
Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Azlina Ina berkongsi kaedah untuk menghasilkan crepe dengan menggunakan 11 bahan sahaja.
Bahan-bahan:
1. 100 gram tepung gandum
2. 100 gram tepung ubi
3. 50 gram tepung jagung
4. Tiga biji telur
5. Dua sudu besar minyak jagung
6. Dua sudu besar gula halus
7. 180 mililiter susu segar
8. 220 mililiter air
9. Sedikit garam
10. Satu sudu besar Emolco coklat
11. Sedikit esen creamy vanila
Cara-caranya:
1. Isi adunan ke dalam beg piping.
2. Ratakan crepe dan tambahkan Nutella.
3. Lipat crepe menjadi bentuk bulatan dengan tiga lapisan untuk menghasilkan crepe yang lebih tebal.
4. Tambahkan isian Nutella.
5. Taburkan serbuk Milo dan tambahkan lagi isian Nutella.
6. Lipatkan crepe anda
Selamat mencuba!
Baca juga: Fazura kurang pasti ‘niat’ Neelofa, tolak ajakan ‘berkawan’ kerana perlu izin suami