Senang rupanya nak hilangkan kesan karat kat periuk belanga, guna 1 bahan ini pun dah cukup tau

Kalau sering memasak, pasti bertimbun-timbun periuk belanga di dapur yang kita mahu simpan.

Ini kerana setiap satu periuk mempunyai fungsi yang tersendiri dan jarang ingin dibuang walaupun mempunyai masalah seperti periuk berkarat.

Jom kita lihat cara untuk menghilangkan kesan karat atau hangus tersebut.

1. TOMATO

Untuk hasil yang lebih baik, carilah buah tomato yang belum terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam bekas yang berkarat atau hangus tadi. Biarkan semalaman, kemudian bersihkan dan cuci bekas tersebut.

2. Cuka dan garam

Campurkan cuka dan garam, lalu gosok pada kawasan yang berkarat. Selepas itu, biarkan kering dengan cara menjemurnya. Senang bukan?

3. Sos tomato

Sapukan sos tomato pada kawasan yang berkarat atau hangus, dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas je hingga bersih.

4. Kulit kentang

Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air setengah daripada ketinggian periuk.

Kemudian, panaskan di atas api. Tunggu sehingga mendidih dan toskan. Hasilnya, kerak di dalam periuk akan tanggal dengan sendirinya.

5. Asam Jawa

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang berkarat. Kemudian, gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tersebut dan teruskan sehingga kesan karat hilang. Bilas hingga bersih.

6. Pencuci pinggan

Cara biasa ialah mencuci periuk selepas masak. Tetapi, cara ini berbeza kerana anda perlu menyapukan pencuci pinggan pada bahagian luar periuk sebelum memasak.

Anda boleh menggunakan apa-apa jenama pencuci pinggan yang anda suka. Dah siap memasak, cucilah periuk dengan menggunakan penggosok. Mungkin macam pelik tapi tak salah mencuba bukan?

7. Baking soda dan air

Campurkan baking soda dengan sedikit air dan biarkan dalam periuk yang berkarat atau hangus selama beberapa jam. Selepas itu, basuh periuk tersebut sehingga bersih dan voila periuk sudah pun berkilat.

Selamat mencuba!

Baca juga: Lepasni jangan buang hampas kelapa, boleh skrub buang daki degil kat badan..siap lembutkan kulit lagi!