Makanan segera seperti sosej dan nugget adalah di antara yang paling digemari oleh kanak-kanak, bahkan ramai juga yang ketagih dengannya.
Bukan apa, sosej atau makanan segera sangat mudah untuk dihidangkan kerana hanya perlu digoreng atas api yang panas sahaja kemudian siap!
Kerana itulah ibu-ibu amat suka menyediakan hidangan ini kerana mudah seperti ABC.
Bagaimanapun, anda boleh mengelakkan kesan sampingan tersebut dengan membuat sendiri sosej di rumah.
Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh ikut resipi perkongsian Damia Roti Dan Kek ini.
Bahan-bahan:
Sebiji ‘sweet potato’
4/5 ketul dada ayam
2 biji telur
Sebarang jenis sayuran
1 biji bawang besar
4/5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Secubit garam
4 sudu besar tepung ubi yang dibancuh dengan setengah gelas air
Cara-caranya:
Gabungkan semua bahan mentah dan proses dalam pengisar. Setelah itu, letakkan campuran yang telah dihasilkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat pada bahagian hujung kiri dan kanan.
Selepas itu, rebus campuran tersebut selama 10 hingga 15 minit. Setelah direbus, sejukkan dalam peti sejuk dan ia akan sedia untuk digoreng pada bila-bila masa.
Selamat mencuba!