Senarai kabinet menteri bocor, MP Mersing Menteri Kesihatan yang baharu

Seorang daripada kakitangan pejabat bekas Menteri dari Umno yang juga merupakan pimpinan Umno harini membocorkan barisan kabinet dari Umno yang dipilih oleh Ismail Sabri.

Menurut sumber yang tidak mahu dinamakan itu, setakat ini barisan yang disebut ini adalah antara yang disahkan oleh pemimpin Umno.

Berikut merupakan senarai yang disahkan oleh pegawai terbabit: –

Timbalan Perdana Menteri : Hamzah Zainuddin
Menteri Kewangan : Ismail Sabri
Menter KDN : Hamzah Zainuddin
Menteri Pertahanan : Mahdzir Khalid
Menteri Kesihatan : Abdul Latiff
Menteri Komunikasi : Annuar Musa
Menteri WP – Jalaluddin

Sementara itu, Kenderaan membawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat keluar meninggalkan Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada jam 1.38 tengah hari selepas lebih dua jam berada di istana.

Perdana Menteri sekali lagi melambaikan tangan kepada media yang menunggu sejak dari pagi namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan beliau.

Difahamkan, beliau hadir ke istana tersebut bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan barisan Kabinet.

Difahamkan selepas selesai sesi pertemuan dengan Seri Paduka Baginda, Ismail Sabri akan mengumumkan barisan Kabinet dalam masa terdekat.

Berdasarkan kenyataannya sebelum ini, beliau memaklumkan senarai tersebut akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah