“Sengaja sentuh abang sebelum solat, terus dia pergi ambik wudhu katanya dah terbatal rupanya baru aku tahu aku cuma anak angkat..”

Tiada sesiapa di dunia ini yang mahukan ibu bapa yang mementingkan diri namun siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan allah.

Keluarga yang sempurna di dunia juga tidak wujud kerana pasti diuji dengan kesusahan dan kepayahan dalam menambah pahala di akhirat.

Kisah benar di bawah ini menceritakan wanita ini yang dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga namun dirahsiakan sehinggalah berumur 20 tahun.

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession ini. Sebagaimana tajuk, saya dilahirkan dan dipelihara oleh dua wanita yang berbeza. Mereka berdua tidak mengenali antara 1 sama lain.

Saya dilahirkan dan terus diserahkan kepada 1 keluarga dan keluarga ini yang menyerahkan saya kepada keluarga saya sekarang. Dipendekkan cerita, status anak angkat saya dirahsiakan.

Bagi memudahkan urusan pendaftaran persekolahan dan sebagainya, di samping keluarga saya sekarang tidak mempunyai akses kepada keluarga kandung saya, maka dokumen saya semuanya merujuk kepada keluarga angkat saya.

Keluarga angkat saya nekad membesarkan saya sebagai anak mereka, malahan perhatian yang saya terima lebih lagi daripada adik beradik yang lain. Adik beradik yang lain juga tekad memelihara saya. Keikhlasan ini hanya Allah saja yang dapat membalas.

Sehinggalah saya sekolah menengah, terdapat saud4ra dan jiran mula bertanyakan siapa ibu bapa kandung saya di depan ibu ayah angkat saya. Saya curi – curi dengar sebenarnya. Saya mula mencurigai saya bukan anak kandung keluarga ini.

Nak saya berhadapan dengan ibu bapa angkat saya siapa saya, saya risau saya akan mengh4ncurkan hati mereka. Maka saya biarkan sahaja isu tersebut berlalu dengan masa. Saya berteka teki sendiri.

Pernah saja saya sentuh keluarga angkat saya yang lelaki selepas mereka ambil wudu’, terus mereka katakan wudu’ mereka telah terbatal. Hmm, itu saja confirmation yang saya boleh lakukan.

Ketika saya berusia pertengahan 20an, akhirnya keluarga saya berterus terang dengan saya perihal ini. Pelik kan, ia adalah perkara yang telah saya jangka, tetapi dalam ketenangan dan gelak tawa saya semasa diberitakan hal tersebut oleh ibu bapa angkat saya, di malam hari, saya tetap juga menangis.

Saya tidak menangis di hadapan keluarga angkat saya, agar mereka tidak risau. Saya sentiasa memikirkan siapakah ibu bapa kandung saya yang sebenar.

Kerana ibu bapa angkat saya tidak dapat menjejaki mereka, saya seolah-olah dilayarkan kepada keluarga ini tanpa sebarang tanda..

Sebagai anak yang dibesarkan dengan didikan anak harus sentiasa menghorm4ti dan berbakti pada ibu bapa, saya mempunyai satu perasaan yang kuat untuk mencari ibu bapa kandung saya.

Sejak saya mencurigai status saya sebagai anak kandung semasa saya sekolah menengah, saya sentiasa menambah doa kepada ibu bapa kandung saya semasa solat. Saya amat berharap saya diberi peluang menemui mereka.

Berkat usaha ibu bapa angkat saya, selepas diusahakan, akhirnya dapat juga saya menemui ibu kandung saya. Ya, rupanya saya tidak ber-ayah. Dilahirkan atas faktor dizalimi insan bernama lelaki. Sehingga ibu kandung saya tr4uma dan difitnah sepanjang masa.

Saya cuba menghubungi beliau. Cuba menjadikan jarak kami selama hampir berpuluh tahun terpisah agar rapat dan kuat seperti hubungan ibu – anak yang lain. Ternyata, niat saya hanya menambah lukanya di hati.

Melihat saya, menemui saya, mendengar suara saya, bagaikan mengingatkan beliau pada satu episod hidup yang tidak pernah dia inginkan. Pemberian saya tidak mahu diterima.

Dipohon agar pemberian kecil saya disalurkan kepada ibu angkat saya. Kerana kata beliau, ‘di dunia ini bukan untuk kita. InsyaAllah di akhirat nanti, kita akan bersatu,’. Dipesan kepada saya, agar berhenti menghubungi beliau.

Agar saya fokuskan sepenuh khidmat bakti saya kepada keluarga angkat saya; kerana merekalah keluarga saya yang sebenar. Saya pohon beliau redha dengan kelahiran dan kehidupan saya dan perbualan akhir kami ditamatkan dengan kata- kata redha beliau terhadap diri saya.

Kini, kehidupan saya hanya fokus kepada keluarga angkat saya dan keluarga mertua saya. Saya hanya menitipkan doa buat ibu kandung saya dari kejauhan. Zakat fitrahnya saya bayar setiap tahun, sedekah juga ada yang saya niatkan atas nama beliau.

Kenapa saya menulis di sini? Kerana kadang kala, hati ini dibuuru perasaan sangsi, adakah telah cukup khidmat bakti seorang anak kepada ibu yang telah melahirkannya. Biarpun bukan tangannya yang membesarkan, namun pengorbanannya bukan calang-calang.

Pertama kali dan itulah kali terakhir saya menemui beliau, merupakan anugerah terindah daripada Allah buat saya. Saya bersyukur, kehadiran meng3jut saya pada waktu itu disambut dengan senyuman dan peluk ciuum.

Dikucup dahi saya dan dipesan sebelum pulang agar saya memanggilnya makcik di luar, tetapi panggillah ibu di dalam hati. Keluarga angkat saya merupakan insan terhebat. Mereka bukan orang kenamaan, bukan orang senang.

Tapi sudi memberikan kehidupan yang sempurna buat saya. Diharapkan, saya mampu membalas setiap jasa ibu bapa angkat saya. Alhamdulillah, saya pernah diberi peluang menjaga ibu bapa angkat saya ketika mereka s4kit, saya diberi peluang rezeki yang lebih sehingga dapat memberi bantuan kewangan kepada adik beradik.

Sehingga kini, bukan rezeki saya untuk berkhidmat pada yang melahirkan. Semoga Allah sentiasa memberkati dia yang telah melahirkan. Semoga dia sentiasa redha terhadap saya. – A. (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Budaya dan tradisi berlainan, Gabenor Bali minta pelajar henti tonton Upin Ipin