Wajah yang tampan dan jelita bukan hanya tertumpu kepada wajah namun juga bibir yang merah dan mungil.
jika bibir dilihat cantik dan merah, ia pasti memukau orang sekeliling dan membuatkan tuan badan lebih berkeyakinan dalam berbicara dan tersenyum.
Namun masih ramai lagi yang menderita bibir yang kering dan merekah dan seakan malu mahu bertemu orang sekeliling.
Jangan bimbang kerana ada petua bagi mengatasi masalah itu. Ikuti cara mudah menerusi perkongsian di TikTok Teamon Malaysia.
Bahan-bahan utama:
1. Timun
2. Gula
3. Madu
Cara penyediaan:
1. Potonglah timun secara memanjang.
2. Sapukan madu ke atas permukaan timun.
3. Taburkan gula di atas permukaan timun.
4. Gosoklah timun perlahan-lahan pada bibir.
Anda juga boleh mencuba menggunakan ubi bit merah untuk mendapatkan bibir yang lebih menarik.
Kemudian, campurlah dua sudu pelembap Vaseline dengan air ubi bit merah.
Setelah campuran tersebut sebati, anda boleh menyimpannya dalam bekas dan menggunakannya pada bibir sebanyak tiga kali sehari.
Selamat mencuba!