Penyanyi Aina Abdul menolak dakwaan bahawa bayaran yang dimintanya untuk persembahan di sebuah acara di Melaka terlalu tinggi. Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa permintaan bayaran tersebut adalah sepadan dengan hasil kerjanya.
Menurut pemilik nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani, 30 tahun, setiap kali dia tampil dalam sesuatu majlis, dia dibantu oleh pasukan profesional yang merangkumi semua aspek, yang juga merupakan sebahagian daripada kos yang dikeluarkan.
“Sejujurnya saya seorang yang ‘perfectionist’ apabila persediaan untuk sesuatu acara saya dapatkan khidmat pakar meliputi busana, solekan, penata gaya sehingga jurugambar.
“Jadi bayaran yang saya terima adalah untuk pasukan saya sekali gus kesempurnaan yang saya tampilkan adalah hasil kreativiti mereka,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), baru-baru ini.
Pemenang trofi Juara Lagu ke-37 melalui lagu “Terus Hidup” juga menyatakan bahawa mungkin terdapat pihak yang tidak memahami situasi sebenar. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana ramai pengurus acara memahami keperluan seorang artis.
“Tiada tekanan tapi macam yang saya cakap peluang ke SFMM38 akan saya manfaatkan sepenuhnya untuk beri yang terbaik dan melakukannya dengan rasa teruja.
“Sebenarnya percakapan netizen itu membuatkan perjalanan ini lagi menyeronokkan lebih-lebih lagi mampu meneroka banyak perkara baharu.
“Seperti biasa penampilan pasukan saya kali ini tentu ‘all out’, soal harga itu muka surat lain cuma tentu saja kami akan lebih berpada-pada,” ujarnya.
Baca juga: Siapa nak jadi ‘raja’ boleh datang sini, pulau yang didiami 10 penduduk je