Seorang isteri jutawan yang berusia 23 tahun dedah dirinya berbelanja RM77,000 sehari di TikTok

Seorang isteri kepada seorang jutawan, Linda Andrade gemar berkongsi rutin hidupnya yang mewah dan mendedahkan dirinya berbelanja kira-kira RM77,000 sehari

Beliau yang sering memuat naik video di laman TikTok berkongsi dengan awam tabiat berbelanjanya, lapor Daily Mail.

Isteri bertuah berusia 23 tahun itu berasal dari Amerika Syarikat (US) dan kini menetap di Dubai, menjalani gaya hidup glamor dengan melakukan aktiviti mewah.

Dalam satu perkongsian di TikTok yang bertajuk ‘Berapa banyak saya berbelanja dalam sehari sebagai isteri jutawan?’, dia mempamerkan barangan yang dibeli serta rutinnya

Barangan itu termasuk beg jenama Chanel yang berharga RM32,000, berbelanja sebanyak RM372 untuk kopi latte, RM1,800 untuk urutan detoks dan membayar RM2,300 kepada pemandu peribadi.

Walaupun hidup terlalu mewah, namun Linda menjelaskan segala kekayaan itu bukanlah datang daripada suaminya sahaja, Ricky Andrade yang menjalankan perusahaan mata wang kripto.

Akan tetapi dia sendiri juga memiliki beberapa perniagaan diusahakannya sendiri.

Seawal usia 19 tahun, Linda membuka perniagaan medispa miliknya sendiri, Flip Your Look dan ‘laku keras’ hingga dia menjadi kaya raya.

Menurut Baltimore Post Examiner seperti yang dilapor Daily Mail, dia membuka perniagaan itu di Las Vegas dan California. Hasil kejayaan itu dia berjaya membuka banyak lagi francais di beberapa lokasi lain di seluruh US.

Difahamkan dia berpindah ke US (dari negara asal) sewaktu berusia dua tahun dan menetap di sana sehinggalah berkahwin dengan Ricky pada usia 19 tahun sebelum berpindah ke Dubai kini.

Disebabkan mempunyai masa yang terluang, Linda sekali lagi membuat video berkaitan perkara yang baik bersama dengan seorang jutawan selain wang hingga ia menjadi tular sekali lagi.

Linda mendakwa lelaki kaya lebih seronok untuk diluangkan masa bersama. Ini kerana hidup mereka tidak begitu tertekan dan setiap hari mempunyai majlis untuk dihadiri.

Dengan perkongsian itu, Linda memperoleh lebih daripada setengah juta pengikut di TikTok.

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai sekali gus membuatkan warga maya terpegun dengan kemewahan yang dimiliki olehnya.

Baca juga: Diam-diam je, siapa sangka Adi Putra miliki aset sebanyak RM22 Juta