Seram! Beli beg bundle sekali dapat surat mati pemilik beg..lagi takut jumpa duit terselit 20,000 yen

Menjumpai item berharga didalam barang bundle yang dibeli bukanlah sesuatu yang asing pada masa kini.

Pemilik twitter @lukahseng berkongsi kisah mengenai ibunya yang membeli sebuah beg terpakai baru-baru ini.

Ibunya menemui item berharga iaitu beg duit yang mengandungi sejumlah wang dalam matawang Jepun serta sekeping surat misteri.

“Mak aku beli beg ni dekat Jalan Jalan Japan, dalam tu ada note 20,000 yen (RM662.49) dengan surat apa tak tahu, rezeki ibu bapa.

Sumber: Twitter

“Siapa tahu surat apa kasi roger” ciapnya ketika berkongsi beberapa foto menerusi Twitter.

Namun dalam ciapan terbaharunya, dia mendapati surat misteri itu adalah sijil kematian milik seorang individu.

Selain menjumpai beg duit, kipas dan seluar dalam juga tersimpan di dalam beg terpakai itu.

“Dah update, itu surat insurans kematian, aku syak beg ni arwah punya, lepas tu beg ni dia sumbang bagi pada mana-mana.”

“Sebab insurans tu tulis mati single tak kahwin. Dalam beg ada kipas, ada panties pakai buang dan sebagainya,” dedahnya lagi.

Baca lagi: “Masa teman anak di hospital, aku pernah jumpa ‘baju kecik’ adik dalam lori suami, menggigil bila dapat tahu hal sebenar..”