Pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
Entiti ini agak menyeramkan jika memunculkan diri dan akan bergerak secara melompat. Pengalaman kali pertama bertugas syif malam tiga hari lalu menjadi mimpi ngeri buat Amoi, 31, pengurus sebuah stesen minyak Shell di Selayang apabila ternampak kelibat makhluk dipercayai pocong.
Menerusi video itu, Amoi mengalihkan kameranya sebelum jelas kelihatan sosok tubuh makhluk berbungkus berkenaan. Dia berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi sewaktu dia sedang bertugas di kaunter.
“Waktu itu, hanya dua orang saja bertugas: saya dan seorang lagi pekerja. Tiada pelanggan pada waktu itu, jadi sambil bekerja, saya bersiaran langsung di TikTok sambil berinteraksi dengan pengikut.
“Mata saya kemudian terpandang sesuatu yang bercahaya di atas bumbung restoran di seberang jalan. Saya cuba zoom untuk melihat lebih dekat dan terkejut apabila ternampak sosok tubuh berbungkus pocong,” katanya.
Menurut Amoi, penampakan itu agak jelas kerana diterangi cahaya yang tidak tahu datang daripada mana. “Setahu saya, tiada lampu jalan di situ jadi tak tahu cahaya apa yang menyinari pocong berkenaan.
“Makhluk itu seolah-olah berada di atas bumbung restoran. Restoran itu pula sudah ditutup jadi tak logik ada cahaya di situ. “Saya yakin apa yang saya nampak itu adalah pocong dan mungkin sebab itu saya demam hari berikutnya,” katanya.
Baca juga: Salahguna bahagian peribadi wanita, Produk tuala wanita didesak tarik balik iklan