Kedai makan yang sedap dan murah agak susah nak jumpa sekarang ni. Kalau ada pun harga memang boleh tahan.
Baru-baru ini satu ‘voice note’ telah tular perbualan seorang lelaki dengan kawannya yang bertanyakan gerai satay yang berdekatan rumah kawan tersebut.
Dia bertanyakan gerai tersebut kerana ingin bertanyakan ke mana makcik tersebut berpindah namun, dinafikan rakannya bahawa terdapat gerai satay berhampiran kawasan itu.
Menceritakan kembali detik kejadian, dia dan seorang lagi rakannya bernama Pejal dalam perjalanan pulang dari kerja pada malam itu.
Mereka disapa oleh seorang makcik dan membuat keputusan untuk berhenti makan di situ. Makcik itu waktu itu menjual satay dengan harga hanya 50 sen secucuk dan mereka telah memesan 5 cucuk satay ayam dan daging.
Mereka juga sempat berbual dengan makcik tersebut. Makcik itu ada memberitahu yang arwah anaknya juga dulu bekerja di West Port tetapi, sudah meninggal 10 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya.
Menurutnya, makcik itu hanya menjual dua jenis air iaitu air kosong dan kopi o. Satay yang dijual juga walaupun murah tetapi sangat sedap dan besar. Disebabkan itu, dia dan kawannya itu mahu ke kedai makcik tersebut sekali lagi tetapi, bila dilihat kedai itu telah ditutup.
Lalu, dia bertanyakan kepada kawan yang tinggal berdekatan kawasan itu jika makcik tersebut telah berpindah lokasi ke tempat lain namun, dinafikan rakannya ada kedai satay yang dibuka disitu.
Jadi, mereka pun membuat keputusan untuk bersama-sama meninjau gerai satay yang dikatakan itu namun, bila tiba di tempat yang dimaksudkan memang tidak ada kedai satay yang buka disitu.
Menceritakan semula, makcik itu sempat berpesan kepadanya agar berhati-hati jika melalui kawasan itu pada waktu malam kerana disitu terdapat banyak tempat yang mereka tidak ketahui. Sehingga ke hari ini kedai satay itu masih menjadi tanda tanya antara mereka.
Baca juga: Selalu rasa rezeki sempit? Ustazah ini ajar amalan untuk menarik rezeki