Diganggu entiti yang ghaib amat menyeramkan jika sedang berseorangan. Entiti ini boleh menggangu dengan memunculkan diri mereka dan boleh jadi juga dengan bunyi atau bau.
Seorang pengguna TikTok @sai_your yang sedang asyik makan mee segera di meja biliknya secara tiba-tiba mendengar suara bersebelahannya.
Dia pada awalnya hanya merakam video hanya untuk tujuan suka-suka sambil makan mee segera.
Ketika itu dia hanya bersendirian di bilik kolejnya memandangkan rakan sebiliknya ada urusan.
@sai_ulz ada yg menjawab tapi bukan roomate tiba2 #horror ♬ original sound – sai_your
Tiba-tiba dia terdengar suara mengilai diikuti dengan bertanyakan “panas?” kepadanya kerana mee itu sedang panas diikuti dengan bunyi menangis.
Dia yang ketika itu mendengar dengan jelas suara tersebut tidak mengendahkannya dan meneruskan suapan seperti tiada apa yang berlaku.