Sempena cuti sekolah yang telah tiba ini, ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara jiran iaitu Hatyai.
Dikatakan di sana ia lebih murah dan layanan lebih mesra berbanding dengan tempat pelancongan terkenal di negara ini.
Sebuah portal melaporkan bahawa pulau lagenda di Malaysia iaitu Pulau Langkawi dikatakan semakin hilang ‘bisanya’ apabila tidak dikunjungi ramai malahan ketika cuti persekolahan.
“Tiket Feri Kuala Perlis ke Langkawi mahal. Parking kenderaan mahal di Kuala Perlis, makan mahal , sewa kereta di Langkawi mahal.”
Tinjauan di ruangan komen rata-ratanya menghentam peniaga di Langkawi yang seakan-akan mahu membunuh perniagaan mereka sendiri.
“Baru balik dari Langkawi bulan Ogos lalu, habis dekat RM10,000 juga tuk satu family plus tiket flight. Jujurnya memang orang tak ramai walau ianya cuti sekolah hari tu.”
“Pulau Langkawi jd Pulau Jerejak plak la lps nie”.
Diharapkan Kementerian Pelancongan dapat menambahbaik kemudahan serta meninjau harga barangan di pulau tersebut sebelum ianya semakin dilupakan oleh rakyat di negara ini.
Baca juga: Buat kejutan sertai tabligh, netizen doakan Aliff Aziz temui kebahagiaan