Ramai daripada kita terutama mereka yang balik kampung ke pantai timur menempuh kesesakan teruk sehingga 20 jam.
Salah seorang pengguna jalan raya yang turut sama meredah ‘jem’ luar biasa itu ialah Suhaimi Muda yang pulang ke Terengganu.
Disebabkan impak teruk mengharungi perjalanan hampir seharian itu, beliau teringat dua petua dan cara orang lama termasuk ayahnya dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Ikuti perkongsian beliau yang menarik dan boleh kita contohi agar keadaan menjadi lebih baik pada musim Aidilfitri tahun-tahun mendatang:
Rebah jua.
Suri hati aku dan anak-anak demam. Penangan terperangkap 14 jam dalam kesesakan jalan raya kelmarin.
Tambah terperangkap lagi 2 jam waktu pergi, dan balik menghantar si abang Ngah ke asrama.
Masing-masing hilang selera nak makan. Lebih banyak berbaring, tambah pula selepas makan ubat demam kelmarin.
Untuk balik kampung lepas ni, kena susun elok-elok jadual perjalanan.
Teringat petua yang aku terima waktu mula-mula bekerja di utara dulu.
Petua dari Pak Uda.
“Kerja kita ni 20 persen je sebenarnya. 80 persen tu kena buat persediaan sebelum kerja.”
Teori Pak Uda ini sentiasa diulang-ulang sepanjang aku bekerja dengannya.
“Buat persiapan elok-elok. Baru kerja jadi senang masa nak ‘execute’ nanti,” cakap Pak Uda sambil selitkan bahasa Inggerisnya.
Aku menggangguk sahaja.
Tiba-tiba ingatan kembali pada Ayah.
Waktu kecil dahulu, itu lah yang Ayah buat sebelum ke kebun. Asahkan golok, tajamkan cangkul.
Kemudian semua alatan yang diperlukan itu disimpan di suatu tempat, sebelum dibawa ke kebun.
Tak sangka, petua ayah sama dengan Pak Uda.
Maaf Ayah, ambo tok perasae ilmu Ayah nok royat. Tok sampa ko ambo.
Kena ore lain tunjuk, baru sedar.