Serius la gaji guru Pasti cuma RM500 sebulan? Ini luahan seorang guru Pasti

Gaji guru-guru Pasti cuma RM500 sebulan jika betul kesiannya mereka. Tidak dapat dinafikan silibus mereka sangat bagus, mudah anak-anak ikuti.

Anak-anak dapat kenal asas agama lebih awal, layanan dan perkhidmatan mereka pun terbaik.

Tapi tak tahu pula gaji mereka rendah sampai tara ni. Kerja mereka dah macam cikgu kerajaan kot. Masuk awal pagi, pulang selepas tengahari.

Kalaulah benar gaji serendah ini, tolonglah pihak berkenaan fikirkan sesuatu untuk beri hak yang sepatutnya guru-guru Pasti dapat.

“Allahu, tolong la sesiapa yang ada kemampuan dan kuasa bantu guru-guru ini dapat gaji selayaknya mereka dapat.

“RM400 -RM500 ni pada saya tak patut. Benarlah mereka ikhlas, namun jangan ambil kesempatan pada keikhlasan orang, “kata Cikgu Mohd Fadli Salleh di FB.

Namun berlainan pula dengan luahan guru Pasti, bagi mereka semuanya terserah kepada Allah. Tak ada pencen tuan puan. Rezeki kami pun Allah dah atur.

Seorang guru Pasti yang dikenali sebagai Nor Naimah berkata, menjadi guru Pasti hanya kami sahaja yang tahu. Orang diluar tak akan tahu.

“Umur saya pada tahun ini 34tahun. Saya dah tempuh cabaran hidup selama 34tahun Di atas muka bumi Allah.

“Saya tidak bergaji, hanya Di beri alaun. Cuti pun dipanggil cuti ihsan. Kehidupan mematangkan saya.

“Banyak yang saya dah lalui. Hanya Allah yang tahu. Dalam hati selalu berkata. “YA ALLAH JIKA PENAT LELAH AKU BERSAMA ANAK2 INI DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA2 AKU, AMPUNKANLAH YA ALLAH.”

Masalah tu perkara tu biasa. Mana2 tempat bekerja pun ada masalah. Cuma cara kita selesaikan itu tak sama.

Saat orang lain menikmati kemewahan, kami ditaujihatkan agar lebih mensyukuri. Nanti Allah tambah.

Tak ada apa pun yang mudah atas muka bumi ini. Memang tempat ujian, bukan bersenang lenang.

Lagi sekali saya tegaskan bekerja kerana Allah tiada pencen selagi hayat dikandung badan.

Kami bukan keleng-kaleng.

Anak didik kami juga mampu mengeluarkan bisa!! Setanding dengan PRA sekolah yang lain.

Baca juga: Tak perlu susah-susah pergi ‘waterpark’ semuanya belakang rumah-Bapa sanggup habis ratusan ribu untuk anak-anak

Baca juga: Tak sampai 8 jam beli Bezza baru terus rosak, “dah lah bayar bank jalan macam biasa..”