“Seriuslah, pasal kotak pensel pun kena penjara 7 tahun…” – Ini penjelasan sebenar

Ramai terkejut apabila mendapat kes curi kotak pensel pun boleh dihukum penjara 7 tahun selepas menonton iklan raya RHB yang berdasarkan kisah benar.

Seorang pengguna TikTok, Krappa yang dilihat mempunyai pengetahuan mengenai undang-undang memberitahu bukan sebab kotak pensel, ibu dalam kisah itu dihukum penjara selama 7 tahun.

“Tapi sebab kesalahan dia at first jatuh bawah 380 yang mana kesalahan boleh bawa hukuman penjara tapi tak boleh lebih 7 tahun.

“Jadi, peguam ini (Datuk Ahmad Zaharil) merayu untuk tukar kes ke seksyen 294 yang mana hukumannya lebih ringan…

“… dan pada kes ini dicadangkan untuk bon berkelakuan baik yang mana kena report di balai polis saja pada setiap tempoh tertentu,” jelasnya.

Terdahulu, ramai dilihat baru tahu kebaikan budi seorang peguam seperti Datuk Ahmad Zaharil pada 25 tahun lalu yang berjaya menyelamatkan seorang ibu daripada meringkuk di penjara.

“Peguam yang rendah diri lagi bijaksana. Terbaik Datuk.

“Memang peguam tu cakap macam tu. Saya ada tengok di TikTok peguam tersebut.

“Betul. Budak tu jadi peguam. Kisah memang sedih masa datuk cerita.

“Ya, jadi peguam. Yang berlakon di hujung iklan, itulah dia. Mak dia pun dah tua umur 75 tahun,” demikian antara komentar warganet.

BACA JUGA Gara-gara Diva AA berjoget dangdut, peniaga menangis, YB Kedah tergamak arah peniaga tutup kedai