Pelanggan persoal Asma’ Harun guna alasan barang naik tutup restoran, “Servis lambat! Kami tunggu 2 jam makanan tak sampai”

Ustazah Asma’ Harun, 40 tahun, mengumumkan penutupan kafe miliknya setelah hanya mampu beroperasi selama setahun. Pendakwah selebriti itu menyatakan bahawa peningkatan kos bahan mentah juga turut menjadi punca kerugian premis makanannya.

“Setiap bulan kami mengalami kerugian sebanyak 30 ribu ringgit,” jelasnya.

“Tuan-tuan bayangkan, setahun kami bertahan, kerugian kami dianggarkan 300k lebih. Selepas sebulan berniaga, kami tanyalah akauntan ada berapa duit dalam akaun. Dia jawab, ‘Ustazah, ada 2k’. Nak bayar gaji pekerja 30k. Nak bayar sewa,” terangnya sewaktu sesi LIVE kelmarin.

Asma’ menerangkan dia terpaksa meminjam, mengeluarkan wang simpanan, serta menjual aset dan barang kemas untuk memastikan kebajikan para pekerjanya terjamin. “Sampailah kami kata, kami dah tak ada apa-apa lagi untuk menampung perniagaan kami ini.”

“Nak naikkan harga, kami tak sanggup,” katanya sambil menerangkan kos operasi dan bahan mentah —termasuk makanan laut— sangat tinggi. Asma’ turut menjelaskan hiasan dalaman Momen Kafe yang terletak di Bandar Prima Senawang adalah hasil sentuhan kreatifnya sendiri.

Memetik dari FWB News, hasil tinjauan mendapati Kafe Momen hanya mendapat 3.7 rating Google dan pengunjung yang tidak berpuas hati berkongsi pandangan yang sama. “Kami tunggu food almost dua jam. End up cancel je,” tulis Nor Humairaq Musa. “Service sangat-sangat slow,” komen Fara.

Peridah Zainol menulis, “Kami dine in for lunch hari ini. Tunggu makanan hampir dua jam baru sampai.”

Zulkifli Mohammad turut berkongsi momen pahitnya di Kafe Momen: “Service lambat. Datang pukul 1, sampai pukul 2.15 tak dapat lagi makanan.”

Baca: Penduduk di 12 kawasan ini elok amalkan minum kelapa muda, makan tembikai sejukkan badan musim panas