Dalam berniaga pelanggan merupakan orang yang paling perlu dijaga kerana mereka ibarat membawa rezeki kepada tuan kedai.
Baru-baru ini seorang pengguna X, telah berkongsi rakaman pendek yang menunjukkan seorang wanita yang dipercayai seorang pekerja warung dilihat telah mencampakkan duit kepada seorang pelanggan sambil menghamburkan kata-kata yang kurang enak.
Situasi secara tiba-tiba menjadi panas apabila terdapat rakan wanita ini mahu menukar tempahan yang sekaligus membuat pekedai berang sekaligus mengadu kepada pekerja kedai tersebut.
โHang layan sat depa ni, banyak tanya sangatโ ulas pekedai ini kepada pekerjanya.
Menurut pelanggan yang dikenali sebagai Farah itu, pekerja tersebut didakwa naik angin selepas ditegur agar melayani pelanggan dengan baik.
Dakwanya lagi, pekerja yang sama itu turut melayani pelanggan yang lain dengan cara yang biadap malah dia juga dikatakan seperti mahu membaling selipar ke arah Farah.
Macam gini eh layan customer ๐๐ป Dari awal memang biadab, amik order asal boleh, nak senyum jauh sekali. Bila orang tegur baik baik terus mengamuk macam takda pedoman hidup ๐๐ญ
๐kak ema ikan bakar, kuala perlis pic.twitter.com/anz89EUhJy
— lehahahaha (@macchiatodolce) September 13, 2023
Hantaran itu mendapat perhatian ramai warganet yang menghentam sikap pekerja terbabit terutamanya cara percakapannya yang biadap itu.
Sesetengah daripada mereka berkongsi pengalaman makan di warung tersebut dan menceritakan tentang sikap kurang ajar pekerja kedai itu.
Menerusi kemas kini terbaru, difahamkan salah seorang daripada wakil Kak Ema Ikan Bakar di Kuala Perlis ini tampil memohon wanita ini memadamkan video tersebut serta memaklumkan untuk menyelesaikan isu ini secara baik.