Setelah 10 tahun kahwin akhirnya Allah SWT mengurniakan anak tetapi siapa sangka isteri yang baru bersaling 3 bulan pergi buat selama-lamanya.
Itulah yang dilalui seorang lelaki dari Indonesia ini apabia kehilangan isteri tersayang tiga bulan selepas melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Betapa gembiranya hati seorang suami apabila sang isteri akhirnya disahkan hamil setelah 10 tahun menanti kehadiran insan bernama anak.
Segala suka dan duka yang dilewati selama ini berbaloi, pasangan tersebut tidak menyangka doa mereka bakal dikabulkan oleh Tuhan.
Ibadah akikah juga segera dilakukan sebagai tanda syukur ke hadrat Ilahi setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat.
Namun siapa sangka, kebahagian yang dikecapi oleh pasangan ini tidak kekal lama setelah sekali lagi diberikan ujian dari yang maha Esa.
Melalui perkongsian di TikTok, seorang lelaki bergelar suami meluahkan rasa sedih dengan pemergian isteri tercinta.
Alhamdulillah setelah 10 tahun, akhirnya doa kami termakbul, puteri kecil kami telah lahir, yang telah lama kami harapkan.
Tak dinafikan, pasangan ini sangat bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Di sebalik kebahagiaan rupa-rupanya terselit satu ujian yang sangat besar bagi keluarga kecil ini. Si isteri telah pergi menghadap Ilahi tiga bulan selepas melahirkan zuriat mereka.
Ada kebahagiaan, ada ujian sakit. Tepat tiga bulan selepas melahirkan, Allah SWT lebih menyayangi isteriku.
Aku baru sedar kenapa kami diberikan ujian lama untuk memiliki keturunan.
Meskipun pahit untuk ditelan, lelaki ini reda dengan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT buat dirinya. Dia harus kuat dan sabar untuk menjalani kehidupan demi anaknya yang masih kecil.
Bersyukur, sabar dan menjalani apa yang Allah SWT atur. Allah SWT akan memberikan yang terbaik buat kita.
Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki ini. Mereka menitipkan doa dan kata-kata semangat buat lelaki ini tabah menjalani kehidupan mendatang.
Baca juga: ‘Berkepit ke sana ke mari, tiba-tiba suami aku buat hal, rupanya kantoi dia buat dengan BFF aku’