Setiap bulan ada orang bersihkan rumah tapi alangkah terkejutya apabila pemilik Airbnb tengok keadaan rumah penuh degan sisa makanan selepas diberi sewa selama 3 bulan
Walaupun menerima keuntungan tetapi sebenarnya banyak cabaran yang dihadapi oleh host Airbnb dan kadangkala boleh menyebabkan kerugian juga apabila menerima tetamu yang tiada common senses.
Terbaharu, seorang pengguna Facebook Irwan Nurul telah berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan kediaman miliknya sebelum dan selepas disewa oleh seorang pelanggan selama 3 bulan melalui platform Airbnb.
Difahamkan, pelanggan tersebut menyewa selama 3 bulan dan setiap bulan Irwan Nurul selaku host Airbnb telah memberikan servis pembersihan setiap bulan untuk keselesaan penyewa serta mahu melihat keadaan rumah.
Pada servis pembersihan kali pertama, keadaan rumah boleh dikatakan dalam keadaan bersepah dan kotor. Penyewa itu telah diberikan teguran agar menjaga kebersihan tetapi keadaan rumah ketika penyewa terbabit checkout cukup mengecewakan.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat keadaan kediamannya ditinggalkan dengan sampah sarap di lantai, bekas makanan tidak dibasuh, sampah tidak dibuang dan banyak lagi.
Susulan itu, Irwan telah menghubungi pihak Airbnb untuk meminta claim disebabkan rumah ditinggalkan dalam keadaan kotor.
Oleh kerana penyewa menolak membuat pembayaran, maka pihak Airbnb membuat bayaran kepada pihaknya kerana mereka dilindungi insuran sebagai host Airbnb dengan syarat menyerahkan bukti.
Tambahnya, dia menerima bayaran untuk kos-kos pembersihan tidak sampai 4 jam membuat laporan. Malah, dia juga menasihati kepada pemilik bisnes penginapan di luar sana untuk mendaftar dengan Airbnb kerana akan dilindungi insuran.
Inilah realiti pemilik homestay dan bukanlah semuanya indah. Irwan Nurul berharap perkongsiannya akan memberi kesedaran kepada semua orang terutama sekali pemilik homestay serta penyewa.
Baca juga: Caprice sindir Mondy Tatu ingatkan ‘homeless’ rupanya ada keluarga siap buat ‘live’ lagi