Bilik tidur merupakan tempat yang sangat penting dalam sesebuah rumah kerana ia berfungsi sebagai ruang privasi di mana kita dapat berehat dan tidur.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk menjaga kebersihan ruang istimewa ini agar tidak menjadi ‘sarang’ penyakit dan dapat mencegah kedatangan haiwan atau serangga berbisa.
Sebenarnya, terdapat enam langkah yang perlu diberi perhatian ketika membersihkan bilik untuk menghilangkan habuk dan debu.
1. Cuci sarung bantal dan cadar setiap minggu
Mengganti dan mencuci sarung bantal secara berkala dapat mengurangkan masalah habuk.
Selain itu, ini juga membantu menjaga tempat tidur agar lebih bersih dan bebas dari hama serta mengurangkan risiko kehadiran pepijat.
2. Kurangkan aksesori atau barang dalam bilik
Meminimalkan jumlah barang atau perabot dalam bilik tidur dapat mengurangkan risiko habuk terperangkap di celah-celah perabot.
3. Bersihkan lantai
Bahagian lantai adalah kawasan yang paling mudah berhabuk kerana debu sering dibawa masuk dari luar.
Pastikan kawasan lantai dicuci dengan kerap, terutamanya jika terdapat permaidani di dalam bilik.
4. Gunakan kain jenis mikrofiber
Bagi memudahkan tugasan membersihkan bilik tidur, disarankan untuk menggunakan kain jenis mikrofiber kerana ia lebih efektif dalam memerangkap habuk.
Cukup gunakan kain yang kering.
5. Simpan barang menggunakan beg khas
Pakaian atau barang yang tidak digunakan boleh disimpan dalam ruang penyimpanan atau dalam beg khas.
Menyimpan barang di tempat terbuka boleh menyebabkan habuk terperangkap dan cenderung membuat barang kelihatan kusam.
6. Elakkan simpan kasut dalam bilik tidur
Habuk mudah terperangkap pada kasut yang kotor.
Selain itu, serangga seperti labah-labah juga cenderung membuat sarang di dalam kasut kerana mereka menyukai ruangan yang gelap dan sejuk.
Baca juga: Pengantin lelaki ‘kecut perut’, semua bekas teman wanita jadi ‘bridesmaid’ ketika perkahwinan