Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini berhak untuk bahagia dan gembira bersama-sama dengan kedua ibu bapanya.
Maka, kerana itulah tanggungjawab menjadi ibu bapa ini bukan perkara remeh dan tidak seharusnya dipandang sebelah mata.
Seperti yang diceritakan oleh lelaki ini, kehidupannya amat susah kerana dibesarkan oleh kedua atuk nenek yang bertindak sebagai penjaga selepas ibu bapanya tidak lagi mahu membesarkannya dua beradik.
Boleh saya katakan corak atau perjalanan hidup saya agak berlainan sedikit dariada orang lain, mungkin anda dibesarkan oleh ibu bapa, atau ibu anda, tetapi saya dan kakak dibesarkan oleh datok dan nenek.
Saya hairan mengapa emak tak mahu jaga saya. Sebaliknya ditinggalkan di kampung. Setiap hari sejak bersekolah rendah saya dan kakak naik motor ke sekolah. Datok yang tolong hantar. Saya ada emak, tetapi emak duduk di bandar setelah emak kahwin lagi.
Dengar cerita nenek, emak dan ayah bercerai ketika saya berusia 3 tahun sementara kakak berusia 5 tahun. Saya memang tak pernah kenal siapa dan bagaimana rupa ayah. Sejak bercerai ayah tak pernah jengok kami, hinggalah emak berkahwin lagi 2 tahun kemudian.
Pendek kata, ikut pandai datok dan nenek besarkan dan membiayai pelajaran serta pakaian selain makan minum kami dua beradik. Nak harapkan emak, emak tak bekerja, sedangkan emak ditanggung oleh suaminya. Emak balik kampung pun setahun dua kali sahaja.
Sebab emak ada tanggungjawab besarkan 2 orang lagi anak emak bersama suami barunya. Walaupun nenak dan datok sayang kami, tetapi kami rasa terpencil bila sesekali sepupu kami balik kampung seperti pada hari raya.
Kami rasa terpinggir, terutama bila lihat pakaian sepupu kami amat cantik. Lebih
mengecewakan emak tak balik beraya. Kalau balik pun setelah semua sepupu kami balik ke rumah mereka barulah emak dapat balik, tapi tak sampai 3 hari emak kena balik ke rumahnya di bandar.
Dipendekkan cerita, ketika saya baru masuk sekolah menengah datok s4kit dan meninggal dunia, kami dua beradik terp4ksa naik bas. Pernah kena tinggal bas bila hari hujan, sebab perhentian bas memang jauh dari rumah.
Namun keadaan berubah ketika kakak dapat masuk sekolah berasrama penuh, tinggallah saya seorang bersama nenek. Ketika itulah nenek pujuk saya supaya jaga nenek dan jangan sambung belajar. Pujukan nenek buat saya terdiam.
Sebab saya mahu masuk sekolah asrama penoh macam kakak. Nak jadikan cerita anak keempat nenek, Acik Mon balik kampung bersama 4 orang anaknya kerana suaminya kena berhenti kerja. Kata Acik Mon dia terp4ksa duduk kampung, sementara suaminya cari kerja lain.
Kalau ikutkan hati saya tentu gembira sebab boleh terus belajar dan tak perlu berhenti, sebab Acik Mon boleh jaga nenek. Hasrat saya tercapai bila keputusan SPM keluar, dapat tawaran ke sekolah Menengah Sains, tapi nenek tak cukup duit.
Pencen datok yang nenek terima tak sebanyak dulu, tambahan pulak rumah nenek dah bertambah ramai. Kerana saya hendak juga sambung belajar, nenek terp4ksa gadaikan barang kemasnya. Ketika itu saya terasa teramat susah, emak tak bekerja. Ayah tak ada.
Acik Mon kata ayah saya sejak ceraikan emak dan kahwin baru tak pernah bagi nafkah. Bukan ayah sahaja tak pedulikan kami, datok nenek serta adik beradik sebelah ayah langsung tak pernah jengok kami, apa lagi bagi nafkah.
Lebih meny4kitkan hati bila Acik Mon kata adik beradik ayah semua bekerja, sementara datok dan nenek belah ayah selalu makan angin ke luar negeri ikut anak anaknya pergi melancong, tetapi tak pernah datang jengok kami dua beradik, macamkan kami bukan cucu mereka. Waktu itu saya rasa macam anak terbuang.
Acik Mon suruh saya jumpa datok dan nenek sebelah ayah minta duit untuk belanja, sekolah dan nafkah, tetapi saya tak kenal mereka. Walapun mereka tinggal kampung bersebelahan dengan kampung kami, saya memang tak kenal.
Sebenarnya saya tak pernah tahu tentang nenek dan datuk serta adik beradik sebelah ayah, sebab nenek tak pernah bercerita dan mereka pun tak pernah datang menjengok kami apa lagi nak bagi nafkah. Kata Acik Mon lagi, emak saya bukan menantu pilihan, memang keluarga mereka tak suka ayah kahwin dengan emak, sebab emak tak bekerja, tak sekolah tinggi.
Jadi lepas bercerai ayah saya kahwin dengan orang bandar yang berkerjaya tentulah ibu bapa ayah suka sangat, sebab itu mereka langsung tak peduli tentang kami dua beradik, kerana kami cucu orang kampung bodoh.
Mendengar cerita Acik Mon perasaan saya bencikan ayah dan keluarganya macam air mendidih. Ketika itulah saya berazam mesti masuk sekolah berasrama, niat saya nak jadi orang pandai dan boleh dapat kerja yang baik dan tidak lagi dihina oleh ayah serta keluarganya yang kononnya mereka orang pandai dan berharta.
Langkah saya berjaya masuk sekolah berasrama mengubah segalanya. Nasib saya bertambah baik bila dapat rakan yang bersimpati dengan saya. Dari dia saya dapat banyak kemudahan, lebih istimewa lagi ibu bapanya anggap saya macam anaknya sendiri.
Dua orang manusia yang saya ibaratkan ‘keramat hidup’ mereka bukan saja baik, sanggup tanggung keperluan belajar saya, malah kakak saya juga dia bantu hingga masuk university. Pada saya mereka berdua insan yang dihantar Allah untuk bantu kami.
Mereka bukan sahaja baik hati, malah amat bersimpati dengan nasib kami. Walaupun mereka ada 2 orang anak yang perlu ditanggung. Mereka tidak kaya, rumah pun teres biasa, tetapi cukup baik hati. Anak – anaknya juga tidak pernah kecewakan kami. Malah anggap kami macam adik beradiknya juga.
Saya cukup hairan dengan kelebihan yang ada dalam diri 2 insan ayah dan ibu angkat saya ini. Mereka ‘orang luar’ bukan saud4ra mara, tetapi anggap kami dua beradik macam anak-anaknya sendiri, hinggakan ayah saya sendiri apa lagi ayah tiri saya tidak pernah berjiwa murni seperti mereka.
Ayah bukan sahaja tak beri nafkah, malah adik beradik juga datok nenek pun meminggirkan kami, sebab tak pernah jengok walaupun setahun sekali. Mereka tak pernah anggap kami keluarganya. Tetapi Allah kurniakan kami 2 orang insan berhati mulia yang berusaha menaikkan maruah kami dari anak terbuang jadi manusia berguna.
Kini 12 tahun berlalu, kami dua beradik bersyukur dapat pelajaran sempurna, ada pekerjaan tetap. Kami tak pernah lupa jasa ibu bapa angkat serta anak-anaknya yang baik hati. Sejak datok dan nenek meninggal saya tak pernah dapat nasihat yang baik seperti ibu bapa angkat kami ini.
Mereka minta saya melupakan kisah pahit masa lalu, bantu adik-adik dari bapa tiri saya dan pergilah ziarah ayah jika ada masa terluang. Nasihat beliau memang baik, tetapi untuk mengadap muka ayah yang tak pernah saya kenal serta datok nenek juga adik beradik ayah agak sukar untuk saya laksanakan.
Saya anggap mereka orang kaya dan berharta yang tidak perlukan perhatian kami. Malah saya bimbang kalau kedatangan saya dianggap nak minta duit atau harta benda mereka. Kata kakak jangan cari mereka, takut mereka lari, bimbang kami datang hendak tuntut harta ayah jika dia meninggal dunia nanti.
Namun kuasa Allah itu amat besar. Satu hari, ketika sedang makan di kantin seorang lelaki muda datang dia kenalkan diri anak ayah saya. Terk3jut berok jugak saya. Saya biarkan dia bercerita, katanya ayah s4kit nak jumpa saya, kebetulan dia bekerja satu bangunan dengan saya, dah lama dia perhatikan saya dan nak beritahu tentang ayahnya, tapi dia segan dia cuma pekerja biasa sahaja.
Saya tak banyak bertanya saya biarkan dia bercerita, sebelum bangun dia berikan alamat rumahnya, kalau ada masa datanglah jengok ayah. Giliran saya pulak termenong. Malamnya saya telefon kakak beritahu tentang ayah. Dia pulak diam, kemudian katanya nantilah bila ada masa nanti.
Balik kampung sebulan kemudian, saya nak beritahu Acik Mon tentang ayah, tetapi Acik Mon kata dia dah lama tahu, katanya lagi adik beradik ayah terp4ksa jual tanah ayah mereka sebab nak pakai duit, ayah nak masuk hospital sebab s4kit jantong, adik dan kakaknya s4kit k3ncing manis, kena potong kaki.
Dan paling mengecewakan anak sulung ayah dengan isteri barunya pen4gih d4dah.
Saya tambah termenong. Tidak tahu apa nak kata. Beritahu kakak dia tak berikan jawapan yang jelas. Nantilah..!”. Sebulan kemudian saya ziarah ayah di rumahnya. Barulah saya kenal rupa ayah. Ayah cuma menangis, kata katanya tidak jelas.
Isterinya yang banyak bercakap tentang kesihatan ayah, saya cuma mengangguk tanda faham. Enam bulan kemudian saya dapat berita ayah meninggal dunia. Kakak tak sempat ziarah, sebab sibuk dengan kerjanya. Apa yang berlaku benar benar menyusuk hati.
Saya kenal ayah di akhir akhir hayatnya, emak dan ayahya meninggal ketika saya masih belajar. Akhirnya saya terfikir walau sekaya mana pun seseorang itu, ketika m4tinya dia tidak bawa bersama hartanya, kecuali anak cucu dan keturunannya yang dididik dengan baik.