Tempat tinggal merupakan satu keperluan asas untuk manusia. Mempunyai rumah yang cantik dan selesa merupakan impian setiap orang kerana di mana kita akan balik ke rumah untuk berehat setelah pulang dari kerja atau aktiviti seharian.
Disebabkan itu ramai yang bekerja dan berhabis duit hanya untuk memiliki sebuah rumah yang selesa.
Namun, wanita ini hanya menyewa tempat tinggalnya dengan harga RM5.86 sahaja. Harganya sangat murah namun, keadaan rumahnya membuatkan warganet terkedu dan tidak menyangka yang dia sanggup tinggal dalam keadaan tersebut.
Melalui video yang dikongsi @ositapopcorn, rumah wanita tersebut dipenuhi air dari luar rumah hingga ke dalam rumah.
@ositapopcorn How much do you pay for rent ? We supporting people in poor living conditions. GoFund Me link on my bio To support future videos, click on the link on my bio, every naira counts. Thank you for your love and generosity #ositapopcorn #foryou #explore #humanity ♬ original sound – ositapopcorn
Tidak dapat dipastikan samada air itu akibat banjir atau memang rumah itu dibina atas tapak yang berair.
Wanita itu menunjukkan keadaan di dalam rumahnya yang dipenuhi air dan tidak mempunyai sebarang perabot. Hanya ada sebuah kerusi iaitu tempat untuknya tidur sahaja.
Rumahnya juga tidak mempunyai dapur dan tandas terletak di luar rumah. Dia juga perlu mengharung air untuk ke tandas.
Wanita itu menjana pendapatan seharian dengan menjaja dengan pendapatan hanya RM29.30.
Rata-rata warganet terkejut dengan keadaan itu dan ada yang sanggup menderma agar wanita itu memiliki sebuah tempat tinggal yang selesa.