Share username password internet banking sejak bertunang supaya ada kepercayaan antara satu sama lain. Tapi malangnya bila dapat bonus, darah aku rasa beku kejap apa taknya balance akaun bank tinggal RM1.07.
Rupanya dia yang mengambil duit aku setelah aku adu padanya katanya dia kena bayar wang itu kepada seseorang, Seseorang itu siapa?
Selama hampir 15 tahun rumahtangga yang dibina dan dipertahanan lama kelamaan perasaan si isteri tidak tahan lagi dengan tingkah laku suami yang pada awalnya sayang tidak terhingga.
Selama itu lah jugak si isteri hidup dalam kepura puraan demi menjaga banyak perasaan. Dek kerana kesian dan sayangkan suami pada awal perkahwinan, maka mereka ‘decided not give dowry’ untuk aku.
Cukup hanya mahar sebanyak seribu dan hanya aku dan suami sahaja tahu hal ni. Berpewatakan Islamik dan lembut tutur kata. Seorang yang memenuhi sifat lelaki idaman aku. Dia baik sangat pada awal perkenalan.
Sehingga lah bulan pertama aku menikah, kami memang share username password internet banking sejak bertunang. Nak terapkan nilai percaya antara satu sama lain.
Sehingga lah bulan pertama menikah, waktu itu aku dapat bonus. Drah aku rasa beku kejap bila tengok akaun bank aku tinggal RM1.07
First orang yang aku inform adalah dia. Namun dengan pelahan dia kata dia terpaksa pinjam sebab nak bayar hutang ceti. Aku? Terpesona mendengar! Clap my hand.
Yang lalu biar berlalu. Aku mengandung bunting pelamin. Gaji aku lagi besar dari dia maka oleh kerana kebijaksanaan dia, maka gaji dia telah ‘dipegang’ oleh ceti setiap bulan.
Maknanya dia tak bergaji penuh setelah hutang ditolak. Entahlah, katanya dia pinjam sebab nak kawen tapi sebenarnya yang banyak kuar duit, aku!
Since then aku dah tak mengharap apa apa dari dia melainkan nafkah batin yang … yelah baru kawin kan. Baju ke makan minum ke memang all on my shoulder.
Namun sikap buruk dia (amik duit aku tanpa rela) tak stop. Dari keje gomen sampai ke tak keje tetap sama. Aku tukar password ke apa, bijaksana laki aku ni takleh nak sangkal.
Dia penah hilangkan diri selama 14 hari. Serious weh hilang. Masa tu aku dah ada anak dua dan anak aku yang kecik tu masih kecil.
Sepanjang kehilangan dia tu, aku menggagau cari. Ke sana sini aku pergi minta buat solat hajat.
Aku bawak anak aku kesana sini. Memang aku tak lepas anak aku. Aku kata kalau mti biar bertiga.
Paling best sepanjang kehilangan dia tu, aku tak sikit pun dapat sokongan dari family dia, apatah lagi dapat semangat.
Fuhhhh hanya aku, anak anak dan family aku je terus sokong aku untuk teruskan hidup. Kendatipun begitu, dia tetap dalam doa aku di setiap sujud.
Sehinggalah bila aku cek akaun aku, aku nampak dia withdraw RM3000. Weh serious ahh, aku boleh kata, takpe, maknanya dia selamat dan masih hidup.
Belum kira aku ke sana sini ikhtiar buat solat hajat semua.
Aku kata tak pe, nanti Allah ganti. Janji laki aku selamat. Namun naluri aku kuat kata, dia tak de perempuan lain.
Satu waktu asar, aku solat dan baca quran. Masa ni aku dah pasrah dan aku minta pada Allah, Ya Allah jika bukan dia Kau ciptakan untukku, maka ambila lah dia dari hati aku.
Tapi jika ya, kembalikan dia dalam keadaan selamat.
Tinggg! Message masuk. Dari dia! Katanya dia nak balik dan minta maaf. Tapi mintak aku masukkan duit untuk tambang dia balik. Aku senyum lega. Zassss terus aku masukkan RM300 kat dia.
To cut it short, perangai dia (ambil duit aku tanpa aku tahu) terus berulang dan aku juga mengulangi untuk memaafkan dia sehingga bulan lalu last sh0t dia buat.
Dan kali ni lagi best sebab dia involve dalam trading. Konon dia kata nak gandakan duit maka sekali dengan duit icitra aku 5k hangus dijilat api neraka. Huhuhuhu
Kerana itu sekarang ni aku menanggung hutang untuk cover balik loss dari trading dia. Aku tak salahkan dia trade segala mak ayah dia tapi yang aku kesal, dia tak consult aku dalam apa pun tindakan bangang dia.
Dan kebangangan dia tu tak hanya melibatkan dia sorang tapi aku dan anak anak menjadi mangsa keadaan.
Lastly malam tadi aku nangis bersangatan sebab aku recall balik apa dia dah aniaya aku sebagai isteri selama hampir 15 tahun kawen.
Namun aku tak mampu untuk mendoakan agar dia ditimpa musibah kerana aku tahu Allah sedang menanti untuk mengabulkan doa isteri yang teraniaya.
Aku tetap mendoakan dia dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab dan azab.
Aku dah nekad kali ni aku akan bawa anak anak aku ke satu negara yang takde sapa pun tahu demi pelajaran anak anak aku dan aku tak mau anak aku menyaksikan ke’useless’an ayah dia berterusan.
Aku bukan nak buka aib dia since aku tak reveal nama dia tapi reasons of me sharing adalah, wahai wanita, make yourselves worthful before letting men put you worthless.
Reaksi Warganet
Farah Aizurin Zulkarnain –
Pernah jumpa orang macam ni dekat ofis lama. Gaji semua mintak cash.
Every week ada entah sape call ofis mesti marah marah ugut ugut kalau cakap dia takde.
Kerja kuat mengulau pulak tu. Hilang manjang ntah kemana lepas lunch. Masuk pagi pun lewat.
Kalau dapat gaji lupa diri. Beli itu ini. Hujung bulan habis kawan kawan dia jadi mangsa meminjam. Harapkan muka je la senonoh nampak baik. Hishh…. mesti kesian wife dia.
Tapi kami tak pernah masuk campur sangat nak bertanya. Kalau boleh nak lari jauh jauh dari orang macam ni. Not worth it.
Tapi dengar kata sekarang dah bukak NGO pulak. Harap tak lesap la duit orang ramai dikerjakannya.
Nor Afida –
15tahun awak bertahan ye. Sayang betul awak dekat suami awak ye. Walau macam macam yang dia buat dekat awak.
Lepas 15tahun baru awak dapat berfikiran waras. Harap Kali ni awak jangan bagi peluang lagi pada dia.
Kita kena sayang dulu diri kita, baru sayang orang lain.
Gud luck ditempat baru, jangan toleh ke belakang lagi. Sudah sudah la membela biawak idop tu ha..
Nur Ameera Idris –
Walaupun lambat bertindak but its ok, atleast keluarkan diri dari circle macam tu..
Tengok gaya macam TT boleh independent cuma over sayang suami.
So move on and mulakan hidup ditempat orang. Goodluck TT..
Sumber– Bunga Citra Lestaria (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Baca juga: Meruntun hati, kisah 2 beradik ini buat netizen menangis, kendong ibu guna bakul ke hospital