Sharifah Sakinah gayakan rambut hampir botak, ramai puji nampak ‘cool’

Sharifah Sakinah tampil dengan gaya rambut baru, ramai puji nampak ‘cool’. Sebelum ini, Sharifah Sakinah selalu dikritik mengenai pemilihan bajunya, kini imej yang ditampilkan oleh aktres berusia 33 tahun itu pula berubah.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat memakai kemeja berwarna putih bersama potongan rambut hampir botak.

Perkongsian itu menerima pujian dalam kalangan rakan artis seperti Hun Haqeem, Hafeez Adam, Janna Nick dan Alicia Amin dengan mengatakan penampilan terkini pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu kelihatan ‘hensem’.

Bukan itu sahaja, malah ramai meluahkan keterujaan dengan penampilan terkini adik kepada Sharifah Shahirah itu.

Rakan artis puji keberanian potong rambut sependek itu

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan selebriti itu berani memotong rambut hampir botak kerana tidak ramai wanita di luar sana terutamanya artis lain sanggup bertindak sedemikian.

Malah, mereka turut memasang impian untuk memotong rambut seperti Sakinah.

Terdahulu, Sharifah Sakinah tampil meluahkan ketidakpuasan hati terhadap komen warganet yang mengkritik penampilan rambut anak perempuanny, Anais Adha.

Sumber: Instagram @sharifah_sakinah

Baca Juga: Neelofa kagumi ketabahan Puteri Sarah hadap orang ketiga

Baca Juga: ‘Gunalah pemetik api muncung panjang tu!’, aksi gadis nyalakan api atas pizza ini tarik simpati netizen