‘She said yes’- Aedy Ashraf lamar Amelia, peminat pesan jangan cuba-cuba sakitkan hati Amelia

“She said yes”, ciap Aedy Ashraf di Twitter selepas rakaman video dia melamar Amelia Handerson tular di media sosial.

Ketika  acara Abdolut Food Festival 2022 yang berlangsung di Bukit Jalil Kuala Lumpur, Aedy melutut di hadapan Amelia dan bertanya “adakah awak sudi menjadi kekasih saya”

Amelia pula secara spontan menerima lamaran tersebut dan berkata ‘Yes!”.

Dalam acara berkenaan, Aedy sempat memberitahu sudah dua tahun dia menunggu saat itu.

Rata-rata netizen juga tumpang drama melihat reaksi tersebut dan berharap ini bukanlah satu gimik  disengajakan mereka berdua.

Mengimbau semula spekulasi hubungan mereka, kedua-dua mereka pernah beberapa kali digosipkan bercinta selepas lakonan cemerlang sebagai pasangan kekasih dalam drama Kisah Cinta Kita pada tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan khabar angin yang bertiup kencang dalam media sosial tersebut.

Jangan sakiti hati Amelia

 

 

Baca juga: https://themalaysialife.com/perlu-ke-ganti-puasa-kalau-dah-bayar-fidyah-ini-yang-ramai-tak-tahu-tapi-wajib-tahu/