Sherry seloroh badan memang besar sejak kecil, nafi kuruskan badan sebab nak cari jodoh

Sherry seloroh badan memang besar sejak kecil, nafi kuruskan badan sebab nak cari jodoh. Sherry berharap dapat ditemukan dengan lelaki yang tidak hanya memandang fizikal sahaja.

Menurut Gempak, Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdulla, 38, berkata mengenai soal jodoh, bakal suaminya harus menerima dia seadanya dan bukan kerana fizikalnya.

“Tiada istilah nak kurus sebab nak cari jodoh kerana bagi saya jika seseorang itu benar mahukan saya dari awal lagi dia perlu terima saya seadanya.

“Bagaimana pun saya belum lagi ada kekasih mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk itu,” katanya.

Pengacara Big Stage 2022 itu sehingga kini mengakui belum ada lelaki yang cuba mendekatinya mungkin disebabkan karakter dirinya.

“Terus terang tiada yang mendekati saya. Mungkin orang ingat saya ni suka melawak sahaja dan menganggap saya tidak pernah serius,” ujarnya.

Sherry berkongsi mengenai proses menurunkan berat badannya, dia berjaya menurunkan berat ke tahap maksimum iaitu 18 kilogram.

“Badan saya memang macam ini (besar) dari kecil, jadi nak fit saya perlu ke gim selain mengambil produk kurus.

“Tiada target berapa lagi hendak turunkan berat badan. Cukup saya konsisten kerana yang penting di usia 38 tahun ini saya mahu jaga kesihatan dan stamina untuk bekerja'” katanya.

Sherry berkongsi gaya hidupnya kini sudah berubah, tidak lagi lepak mamak atau minum air manis terutamanya air Milo kegemarannya demi menjaga kesihatan.

Baca Juga: Mulai esok rakyat Malaysia tak perlu bayar tol selama 7 hari di pintu masuk Malaysia-Singapura

Baca Juga: Roshana Takim, UiTM, Prof serentak ‘meletup’ di Twitter

COMMENTS