Persediaan kahwin merupakan satu titik penting bagi pasangan mempelai. Dari hantaran hinggalah jurugambar untuk kenang-kenangan sangatlah memainkan peranan. Pemilihan jurugambar semasa acara penting perkahwinan merupakan elemen yang sangat perlu dititikberatkan.
Ramai pengantin yang mahukan kelainan dalam gambar perkahwinan meraka. Ada bakal pasangan mempelai juga mahukan gambar pre-wedding yang ‘rare’ untuk jadikan kenangan abadi mereka.
Memetik Thevocket, hari ini tular di media sosial mengenai satu gambar pre-wedding yang dianggap membunuh diri.
Mana tidaknya apabila lokasi shooting terletak di atas jalan keretapi. Tidak cukup dengan itu, pasangan itu hampir dilanggar keretapi ketika pengembaraan sedang berlangsung.
Difahamkan, lokasi yang berada di Tanah Merah Kelantan itu menjadi kegemaran jurukamera kerana keunikan rekaan jambatan tersebut.
Menerusi video yang tular, pasangan pengantin dan jurugambar itu didapati sedang beredar daripada laluan rel keretapi selepas dihon dalam tempoh yang lama oleh pemandu lokomotif yang mahu melalui jabatan berkenaan.
Video yang dikongsikan oleh akaun @yahobrove di TikToknya menerima pelbagai kritikan orang ramai.
Bahkan, ramai yang mendakwa bahawa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang merujuk Akta Keretapi 1991 kerana menceroboh dan melintas trek sesuka hati.