“Shuhaimi mimpi Sharifah Aini dan Siti Sarah ajak pergi taman cantik”-Ina Naim

Isteri kepada penyanyi nasyid, Ina Naim dilihat kini lebih terbuka dalam menceritakan kehidupannya bersama arwah suami tercinta, Shuhaimi Saad.

Ia dilihat berdasarkan video yang dikongsi oleh pengguna media sosial ketika Ina melakukan siaran langsung di Tiktok.

Ina menceritakan bagaimana suaminya, Shuhaimi bermimpi bertemu dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah dan Sharifah Aini tiga minggu sebelum dirinya menghembuskan nafas terakhir.

Dalam mimpi tersebut, dua penyanyi itu mengajaknya ke taman yang serba indah.

“Tiga minggu sebelum arwah nak pergi (meninggal dunia) Suhaimi ada mimpi arwah Siti Sarah dengan Sharifah Aini.”

“Dalam mimpi itu, Siti Sarah dan Sharifah Aini panggil Suhaimi datang dekat mereka. Mereka panggil Suhami datang dekat satu taman yang sangat cantik.”

Ina juga menceritakan suaminya ada mengatakan bahawa dia dibawa menaiki kuda serba putih dan memakai jubah serta kopiah dua minggu sebelum meninggal dunia.

“Kemudian dua minggu sebelum nak meninggal dunia, dia mimpi pakai jubah putih, kopiah putih sambil naik kuda putih.”

“Selepas itu, kuda itu bawa dia terbang tinggi. Itu kata dia pada saya.”

“Saya masa dengar cerita dia, saya macam nak dengar tak dengar sangat. Itulah mimpi terakhir yang dia cerita dengan saya.”

Baca juga: Doktor sahkan Mawi meninggal dunia