“Shuib dah lama ‘block’ saya di Whatsapp” – Rahim

Pergaduhan kumpulan Sepah masuk ke fasa seterusnya apabila Rahim mendedahan segalanya.

Sebelum ini Rahim Sepahtu pernah respon berkenaan isu yang tular mengatakan dirinya tidak akan diundang ke podcast Shuib.

Rahim tampil mengulas panjang lebar mengenai isu itu dan mengatakan yang dia tahu semuanya daripada perkongsian orang ramai yang bertanya mengenai masalah antara mereka, katanya seperti dilaporkan oleh XTRA.

Bukan tu jer, Rahim juga mendedahkan yang mereka sudah lama tidak berhubung selepas dia kena ‘block’ di semua media sosial dan nombor telefon oleh Shuib.

Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu mengenai perkembangan sahabat saya itu kerana sudah kena ‘block’ (sekat) dengannya (Shuib) di media sosial dan nombor telefon juga. Jadi, memang dah lama kami tak berhubung.

Sewaktu dia bernikah tahun lalu pun, saya tidak hadir ke majlisnya sebab tidak dijemput. Tapi, syukur Alhamdulillah dia kini sudah menemui kebahagiaan semula dan saya doakan terbaik buatnya.

Rahim akui dia agak sedih apabila masalah perselisihan faham antara mereka ini sudah kecoh di media sosial.

Memang saya dan dia (Shuib) ada perselisihan faham yang berlaku, tapi tidak perlulah membawanya hingga ke media sosial. Sebagai sahabat, itu yang saya ada rasa sedikit terkilan.

Namun begitu, segala punca segala masalah mereka belum didedahkan oleh Rahim sepenuhnya.