Shuib nak tarik diri jadi Duta KK Mart

Pelawak Shuib tidak mengambil ringan tanggungjawabnya sebagai Duta KK Mart dalam menghadapi kontroversi penjualan stokin yang tertera kalimah ‘Allah’ dalam tulisan rumi dan jawi.

Shuib dengan tegas mengecam penjualan stokin tersebut sebagai suatu yang tidak patut, menyatakan bahawa sebagai seorang umat Islam, dia sangat terkesan dengan insiden tersebut.

Memetik Berita harian, “Saya sentiasa percaya pada rezeki. Jika rezeki tidak menyertai saya, maka begitulah adanya. Tetapi, saya tetap berpegang kepada prinsip bahawa saya adalah seorang Islam,” katanya di majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media di sebuah hotel, malam tadi.

Shuib, yang telah dilantik sebagai Duta KK Mart sejak empat tahun lalu dan baru-baru ini memperbaharui kontraknya, menganggap tindakan menjual stokin yang tertera kalimah ‘Allah’ sebagai sesuatu yang keji.

“Apa yang terjadi itu sangat keji. Sebagai seorang Muslim, saya sangat terkesan dan saya rasa ini tidak sepatutnya terjadi dalam perniagaan atau situasi apa pun.

“Kita semua akan merasa marah kerana isu kalimah Allah ini sangat besar,” katanya.

Walaupun memegang tugas sebagai Duta KK Mart, Shuib menegaskan bahawa ini bukan alasan untuknya bersikap netral mengenai kontroversi tersebut. Bagaimanapun, beliau perlu menunggu sehingga siasatan selesai sebelum membuat keputusan lanjut berhubung kontraknya sebagai duta.

“Jika benar, saya tidak akan menyokong, saya tidak akan meluluskan. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim.

“Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dijalankan. Oleh itu, saya tidak boleh mengambil tindakan lebih lanjut kerana ini melibatkan perniagaan dan sensitiviti masyarakat.

“Saya akan berdiri teguh sebagai seorang Muslim di mana jika perkara tersebut tidak betul, salah, dan melanggar peraturan, saya tidak akan menyokongnya,” tegasnya.

Baca: Lauk sardin paling senang nak buat masa sahur, lagi kering lagi menjilat jari!