Seorang datuk bandar di Mexico bertindak mengahwini seekor buaya betina dari spesis caiman untuk membawa tuah kepada penduduknya.
Victor Hugo Sosa mengahwini Alicia Adriana disaksikan puluhan rakyat.
Buaya itu juga dikenali dengan “gadis puteri” sebagaimana orang asli Chontal memanggil reptilia itu.
“Saya menerima tanggungjawab kerana kami saling menyayangi. Itu yang penting. Anda tidak boleh berkahwin tanpa cinta. Saya tunduk kepada perkahwinan dengan ‘gadis puteri’,” kata Sosa semasa upacara itu.
Victor turut mencium kepala reptilia itu yang turut dipakaikan gaun rona putih.
Perkahwinan antara lelaki dan kayman betina sudah berlaku di penempatan Orang Asli itu selama 230 tahun untuk memperingati hari apabila dua kumpulan Orang Asli berdamai, dengan melakukan upacara perkahwinan suci.