Melalui satu video yang tular di laman sosial, seorang wanita dengan bangganya menceritakan bagaimana momen-momen meninggalkan ibu kandungnya di tandas.
Menceritakan semuanya dengan penuh yakin, wanita ini dilihat tidak kecewa dengan perbuatan yang dilakukannya malah berbangga dengan perlakuan itu.
Antara ayat-ayat yang dikongsikan wanita itu ketika live:
“Macam mana nak buat ni sayang?, okey kita cari bus stand sayang”
“Masa tu mak saya tunjuk duit kat saya RM1400, masa tu saya buat modal saya pinjam kat dia RM400, lepas tu saya bayaq balik, sebab tu saya tau”
“Sampai ke sana kami kata nak pegi ke toilet, mak saya pun kata nak pi ke toilet”
“Masa mak saya nak pi toilet tu lah saya saya bukak kasut saya dengan hawa”
Dia yang telah merancang untuk meninggalkan ibu kandungnya memberitahu suami supaya bersiap sedia untuk membawa dia dan seorang rakan pergi.
“Laki saya dok kat van, saya cakap ayah tunggu kat van ya, okey mak nak pi toilet kita pun nak pi toilet..”
“Tanya hawa, hawa ada sampai sekarang..hawa lari, lari kami lari, ini demi allah, saya mintak ampun kat mak, saya bukan tinggal tepi jalan, saya tinggal kat Melaka Sentral…
“Dah cakap kat laki saya, ayang satgi ayang parking kat sini, pusing belah sana, sebab kami takkan nak kata nak tinggal mak tak sampai hati tapi dalam keadaan masa tu van tak boleh bawak, dia macam meracau macam ada benda yang tak kena, betui memang ada benda yang tak kena
Netizen dilihat mengecam perbuatan wanita itu yang disifatkan keterlaluan kerana meninggalkan ibu kandungnya sendiri di tempat asing. Malah perbuatannya yang menceritakan kesemuanya hanya menunjukkan wanita itu seperti tanggang moden.