Empat ahli parlimen dari kem Azmin yang keluar PKR sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang dilaporkan mula mencari naungan baru setelah ura-ura Anwar Ibrahim telah pun mendapat sokongan majoriti.
Keempat-empat ahli parlimen ini yang dahulunya mempunyai hubungan yang amat baik dengan Anwar memeranjatkan banyak pihak kerana mengambil sikap bersama Azmin dalam Langkah Sheraton yang dianggap mengkhianati mandat rakyat.
Menurut sumber dalaman, beberapa siri pertemuan telah diatur untuk membolehkan keempat-empat ahli parlimen ini bertemu dan berbincang dengan Anwar sendiri dan hasilnya setakat ini adalah amat positif.
Walaubagaimanapun pemimpin PKR masih memilih untuk mengunci mulut masin-masing daripada mengulas isu sokongan terhadap Anwar.
Menurut sumber itu juga, sokongan ahli parlimen Umno kepada Anwar juga bukanlah ilusi sebaliknya sesuatu yang benar-benar terjadi dan Anwar dikatakan telah melepasi sokongan ahli parlimen lebih daripada 120 orang setakat ini.
Sehingga hari ini, Anwar masih menantikan tarikh baharu pertemuan dengan YDP Agong kerana pertemuan yang diaturkan sebelum ini untuk mempersembahkan senarai sokongan telah tertangguh kerana YDP Agong terpaksa dirawat di IJN.
Sebelum ini juga dikatakan senarai ahli parlimen yang menyokong Anwar tersebar. Namun bagaimanapun senari itu dinafikan oleh pemimpin PKR dan pemimpin Umno yang terlibat.
Sehingga kini senarai penuh sokongan terhadap Anwar kekal menjadi misteri dan tiada sebarang pendedahan rasmi dibuat terhadapnya.
Anwar hanya akan dedahkan senarai itu setelah selesai menghadap Seri Paduka Baginda YDP Agong.