Sebuah ‘bandar hari kiamat’ di negeri Dakota Selatan kini dibuka untuk tempahan oleh orang ramai yang berminat untuk hidup di dalam kubu bawah tanah (bunker) mewah semasa dunia berada dalam keadaan kacau-bilau.
Lokasinya terletak di kawasan pergunungan Black Hills, projek ini dikenali sebagai Vivos dapat menampung hingga 10,000 orang di dalam 575 bunker.
Tempat ini juga adalah bekas tapak pangkalan tentera seluas 28.9 kilometer persegi yang dulunya digunakan untuk menyimpan bom dan senjata dari tahun 1942 hingga 1967.
“Kesan daripada ancaman pandemik Covid-19, perang Ukraine serta risiko Perang Dunia Ketiga meletus dari Russia hingga ke China dan Asia Barat menyebabkan permintaan untuk pemilikan bunker Vivos berkembang pantas.
“Kita hidup dalam tempoh masa yang sangat berbahaya. Justeru, adalah menjadi satu keperluan untuk mempunyai penyelesaian perlindungan jaminan hayat,” kata Pengarah Eksekutif Vivos, Dante Vicino.
Bunker moden ini menawarkan pelbagai kemudahan yang serupa dengan bandar termasuk gimnasium dan pawagam. Unit sewaan pula dilengkapi dengan perabot asas seperti sofa, meja kopi, dapur, peti sejuk, mesin basuh, dan meja makan.
Baca juga: Sedapnya sotong celup tepung super rangup! Rupanya ada tips ‘rahsia’ tak meletup