Siapa tak kenal dengan Dr Malar Santhi Santherasegapan atau lebih mesra dengan celoteh Dr Malar. Beliau bukannya seorang doktor semata-mata malah boleh menjadi seorang pakar motivasi.
Dalam postingnya yang terkini beliau berkongsi kisah pelajar sekolah dalam satu program oleh Columbia Asia Hospital yang mana pelajar sekolah tersebut seramai 200 orang.
Dalam satu ceramah kesihatan di sebuah sekolah di Ampang, beliau agak tergamam sekejap kerana seramai 200 pelajar yang mengkuti ceramahnya rupa-rupanya tidak ramai hendak menjadi serorang doktor, enginner dan cikgu.
Rata-rata pelajar yang mengikuti ceramahnya hendak menjadi TikToker atau Youtuber. Beliau mula ceramah. Bagaimana seramai itu pelajar tidak berminat bekerja tetap? Ikuti celoteh Dr Malar:
TikTokers BUKAN satu pekerjaan !!
Yes itu pendirian saya….
Saya minta maaf kalau ada ibu bapa yang tak setuju..
Ataupun kalau ada cikgu cikgu yang tak setuju…
Tapi saya berpegang teguh dengan pendirian ini iaitu, MENJADI TIKTOKERS bukanlan SATU PEKERJAAN.
Hari ini saya memberi ceramah kesihatan di sebuah sekolah di Ampang.
Maka di kesempatan itu, saya bertanya adik adik tingkatan 3 tu semua…
“Siapa nak jadik doktooooorrr?” – adalah dalam 5-6 orang angkat tangan.
Siapa nak jadik engineer? – dalam 2-3 orang angkat tangan.
Siapa nak jadik cikguuuuuuu? – dalam 4-5 orang angkat tangan.
Saya rasa pelik sangat sebab jumlah pelajar adalah lebih kurang 200 orang.
Jadi dengan perasaan ingin tahu, saya bertanya,
Korang ni semua nak jadik apa?
Masing masing menjeritkan sesuatu dan saya tak berapa dengar apa yang mereka sebutkan.. tapi saya macam dapat tangkap beberapa perkataan.
Maka saya tanya,
Siapa nak jadik Tiktoker??
Suku dewan tu angkat tangan, terutamanya girls yang duduk di belakang.
Siapa nak jadik Youtuber? – lagi suku dewan angkat tangan, kali ni lelaki majoriti.
Saya tergamam jap !!
Dengan itu saya menjawab kepada adik adik itu dengan muka penuh garang….
Menjadi Tiktoker bukannya satu pekerjaan !
Yang meniaga di TikTok tu adalah usahawan macam Khairulaming, itu bukan TikTokers namanya,, mereka adalah businessman.
Yang meniaga, boleh gunakan platform seperti TikTok dan juga Facebook untuk menjana sales.
Yang bekerja, boleh gunakan platofrm sebegini untuk side income.
Tapi kalau nak hidup dengan menjadi TikTokers sepenuh masa, hidup anda akan dipenuhi dengan ketidakstabilan.
Sekajap income tinggi, sekejap langsung takde pendapatan berbulan bulan. Tak cukup dengan itu, realiti sebenar kehidupan influencers adalah kehidupan terkapai kapai sebab banyak pihak akan mintak review free, pergi fashion show for free, jadik model free, buat content free dan macam macam lagi.
Nampak macam dia orang hidup mewah dan gembira, tapi hakikatnya mereka sendiri penat sebab asyik duk bagi free review, yang berbayar tak datang jua. Dia macam tunggu bulan jatuh ke riba jugak lah…
Jadik menjadi TikTokers ni bukan satu pekerjaan.
Ataupun dengan kata lain, bukan pekerjaan stabil, bukan satu profession yang boleh memberi kestabilan berpanjangan.
Cari lah ILMU
Cari lah pekerjaan yang boleh memberi PENDAPATAN stabil.
Nak berniaga boleh… tapi Maths kena power. Marketing kena power. Communications skills kena power.
Dan yang paling penting untuk BERNIAGA, mesti bersedia berdepan dengan KERUGIAN.
Kalau tak berani tanggung rugi, kalau tak mampu berdepan dengan rugi, JANGAN BERNIAGA, baik kerja makan gaji sahaja.
Jadi, kepada adik adik di bangku sekolah…
Fahami betul betul apa yang Kak Malar nak cakap ni…
Kejar dan timba ilmu sebanyak mungkin.
Dapatkan pekerjaan yang memberi pendapatan stabil.
Kumpul duit banyak banyak.
Lepas tu nak meniaga, berniagalah dengan bermaruah.
Jangan tergedik gedik jadik TikTokers atau content creator, lepas tu menyesal tak sudah sebab pendapatan tak stabil.
Semoga anak anak muda di Malaysia menjadi generasi bijak, berilmu dan berdaya saing !
Sekian, coretan
celotehdrmalar yang juga ada akaun TikTok tapi saya bukan TikTokers, saya seorang doktor perubatan.
Nota kaki : Terima kasih Columbia Asia Hospital – Setapak untuk program hari ini.
Celoteh Dr malar
Baca juga: Pemancing dapat ikan buntal pun buang, tapi lelaki ini menang RM105,000 kerana ikan buntal