Siapa sahaja dengan modal RM50 beli guni bundle Korea seorang peniaga ini berjaya temui wang sebanyak RM21,000 yang pastinya membuatkan dirirnya gembira.
Peniaga guni bundle ini pastinya akan gembira sekiranya memperoleh rezeki atau keuntungan. Lebih-lebih lagi keuntungan yang diperoleh adalah jauh lebih besar berbanding pelaburan dikeluarkan.
Itulah yang terjadi menerusi perkongsian Instagram @roy.bundlestore selaku pembekal bale atau guni bundle dari Korea di mana salah seorang pelangannya memperoleh ‘jackpot’ atau wang besar mencecah RM21,000.
Kisah bermulanya apabila pembeli ini membeli guni bundle made in Korea bernilai RM50 bagi mendapatkan pakaian-pakaian untuk dijual semula.
Rezeki berpihak kepada milik kumpulan ini apabila berjaya menemui wang sebanyak mencecah 6 juta Won (~RM21,440) menerusi salah satu pakaian dalam guni tersebut.
Kegembiraan yang tidak terungkap turut dirakam serta dikongsikan kepada penjual @roy.bundlestore dalam memaklumkan penemuan wang yang besar tersebut.
Untuk pengetahuan, memperoleh wang yang besar dalam guni bundle ini bukanlah sesuatu yang kerap berlaku. Rezeki yang diperoleh kumpulan ini sekaligus boleh dilabelkan sebagai ‘durian runtuh’ melihatkan guni bundle yang dibeli hanyalah bermodalkan RM50.