Sabri Yunus dan Ardini Angeline Tan nama yang tidak asing lagi dalam sitcom Pi Pi Mai Tang Tu yang mana hubungan mereka sudah menjangkau 30 tabun. Lama kan!
Bagi generasi baru ketahui bagaimana pertemuan 30 tahun dahulu memberi kebahagian yang tidak disangka, sebelumnya ada internet dan youtube, kita semua hanya tertumpu pada satu sumber media utama iaitu televisyen.
Sitcom Pi Mai Tang Tu adalah antara rancangan televisyen paling panjang mewarnai kehidupan masyarakat pada tahun 80 an dan 90 an.
Kalau nak tahu, pada ketika itu, setiap episod baru akan di tunggu setiap hujung minggu. Seisi keluarga berkumpul di depan TV bergelak ketawa. Simple sahaja kehidupan dulu, mudah untuk gembira.
Dalam rancangan sitcom tersebut, Wan Ismail Golok (Sabri Yunus) merupakan penyiasat persendirian dengan loghat pantai timur manakala Lucy (Angelina Tan) adalah pengusaha pendandan rambut.
Menggunakan latar belakang warung di sebuah kawasan flat, Wan Ismail Golok, Budin, Mat Over, Mat Deris dan Ravi adalah pemuda pemuda yang selalu melepak dan kehadiran Lucy sentiasa membawa keceriaan.
Malah dialog-dialog yang diungkapkan oleh Wan Ismail Golok ‘aku terima nikahnya dengan Lucy’ sabil goyangkan tangan Lucy di waktu itu.
Bukan itu sahaja malah dialog Wan Ismail Golok ‘laut dan onakโฆ kita hanyut dan lemas bersama-sama di dalamnya’ akhirnya telah menjadi reliti.
Siapa sangka setelah 16 tahun sitcom tersebut berakhir, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menghubungkan kembali ikatan persahabatan mereka sekali gus membawa hubungan ke fasa yang lebih serius.
Terkejut ingat babak dalam drama baru apabila dua-dua mempelai selamat diijabkabulkan
Setelah berpuluh tahun lamanya mereka di pentas yang sama menghiburkan masyarakat, akhirnya , mereka menemui kebahagian yang tidak disangka sangka.
Baca juga: Pernikahan Sabri Yunus dan Angelina Tan tidak sah? Biar betul!