Siapa sangka wanita ini bekas ratu cantik Vietnam, hidup sederhana bersama 6 orang anak dengan bercucuk tanam
Siapa sangka wanita ini bekas ratu cantik Vietnam yang hidup sederhana bersama 6 orang anak dengan bercucuk tanam demi menyara kehidupan.
Seseorang itu jika berada di puncak kejayaan, mereka akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik. Ada juga yang memilih untuk meningkatkan mutu kehidupan dengan mencari pekerjaan dengan gaji yang banyak.
Kisah Oanh Yen ini adalah seorang bekas ratu cantik yang memilih untuk hidup secara sederhana di kampung malah wanita ini bekerja sebagai petani untuk menyara keluarga.
Bekas ratu cantik yang memenangi beberapa pertandingan seperti Miss Vietnam 2008, Miss Vietnam World 2010 dan Queen of Beauty World 2019 di Korea.
Di Vietnam, dia dikenali sebagai pemenang pelbagai pertandingan kecantikan berprestij.
Menurut sumber, figura itu mengekalkan bentuk badan serta kecantikannya dengan mencangkul tanah di kebun. Jika dipandang sekali lalu, pasti tiada siapa yang menyangka pekebun itu ialah seorang bekas ratu cantik di negara itu.
Memilih tinggal di kampung, gaya ringkas bekas ratu cantik itu segera menjadi perhatian. Wajah yang cantik dengan badan yang tinggi lampai membuatkan Oanh Yen amat dikagumi.
Berbakat dengan susuk tubuh yang hampir sempurna, Oanh Yen sering memenangi pertandingan ratu cantik. Bentuk tulang muka yang meruncing dengan aura yang memancar membuatkan ramai terpukau apabila melihatnya.
Meskipun pernah berada di puncak kejayaan, Oanh Yen jarang bercakap mengenai kehidupan peribadinya. Malah, ramai yang tidak menyangkan dia sudah mempunyai enam orang anak walhal masih kelihatan muda.
Walaupun sudah enam kali mengandung dan bersalin, Oanh Yen masih mengekalkan bentuk badannya. Potret keluarganya juga begitu harmoni dengan anak-anak yang cantik dan kacak.
Sudah lama tidak didengari, Oahn Yen kini semakin menjauh dari pentas dunia hiburan. Dia menghabiskan masa bercucuk tanam selain menjaga anak-anaknya.
Warna kulitnya juga kelihatan lebih gelap berbanding sebelum ini kerana sering aktif di bawah terik matahari. Penampilannya juga lebih ringkas, tidak glamor seperti kehidupannya ketika bergelar public figure.
Untuk rekod, wanita ini menghabiskan masanya dengan bercucuk tanam, selain menjaga anak-anaknya di rumah.