Siapa sebenarnya sayap bagi HAMAS iaitu Briged Al-Qassam? Mari kita singkap asal usul pejuang Palestin yang sering dilabel pengganas, militan dan pelampau oleh media barat.
Kita patah balik masa ke zaman selepas kejatuhan Uthmaniyah. Setelah kejatuhan Uthmaniyah selepas Perang Dunia Pertama, wilayah Syam dibahagikan kepada British & Perancis.
Melalui perjanjian sulit Sykes-Picot pada tahun 1916, Syria & Lubnan diperintah Perancis manakala Palestin & Jordan diperintah British. Di Syria, Syeikh Izzuddin Al-Qassam, seorang ulama sufi lulusan Universiti Al Azhar bangkit menentang penjajahan Perancis dengan senjata.
Syeikh Izzuddin Al-Qassam merupakan seorang mursyid tarekat Syadziliyah di sebuah zawiyah di Jilah Al-Adhamiyah, Syria bentuk sepasukan tentera dari kalangan anak-anak muridnya.
Amalan-amalan zikir, doa & bacaan hizib-hizib yang diterapkan kepada anak-anak muridnya memberikan diorang semangat & keberanian luar biasa untuk lawan Perancis walaupun kelengkapan senjata mereka serba serbi kekurangan.
Serangan demi serangan secara gerila yang dilakukan sangat digeruni Perancis sehinggakan Perancis anggap Syeikh Izzuddin Al-Qassam & anak-anak muridnya sebagai ancaman yang besar. Namun tali barut Perancis yang bernama Ibrahim Hanano merencatkan perjuangan Al-Qassam.
Ramai anak-anak muridnya ditangkap & dibunuh setelah maklumat sulit mereka sampai ke pengetahuan Perancis. Mufti Palestin, Syeikh Amin jemput Syeikh Izzuddin Al Qassam bersama 6 orang muridnya ke Haifa, Palestin untuk membawa semangat jihad orang-orang Palestin lawan British.
Di Palestin, Syeikh Izzuddin Al Qassam bersama anak-anak muridnya latih petani-petani di kampung & buruh-buruh di Palestin untuk berjihad lawan British. Diorang bukan je dilatih dengan ilmu ketenteraan, tetapi turut dilatih & dengan amalan-amalan kerohanian.
Syeikh Izzuddin Al Qassam & para pengikutnya jadi ancaman besar British pulak. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 berdekatan sebuah bandar di utara Palestin, di Jenin dibunuh oleh tentera British.
Perjuangan Syeikh Izzuddin Al Qassam diteruskan oleh Briged (Kataib) Al-Qassam, satu sayap tentera di bawah HAMAS. Briged Al-Qassam diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh.
Briged Al-Qassam mula ditubuhkan secara rasmi pada 1987 sebagai briged sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan tentera Israel.
Briged Al-Qassam teruskan kaedah yang diterapkan oleh Syeikh Izzuddin Al Qassam yang mana amalan kerohanian sangat dititik beratkan. Sebab tu kalau nak jadi ahli briged Al-Qassam mesti jaga solat fardu, solat tahajud & hafalan Al-Quran.
Anggota briged pun bukan calang-calang orang. Diorang terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama dan pelajar universiti. Diorang dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.
Diorang tolak penglibatan orang luar supaya dapat jaga kesucian perjuangan diorang. Matlamat perjuangan diorang jelas, sangat berbeza dengan ISIS. Lebih parah, Israel mula menyebarkan kebencian terhadap Briged Al-Qassam dengan menyamakan diorang dengan ISIS.
Dari Al-Qassam & ISIS, kita kenal mana jihad yang betul & mana jihad yang palsu. Sebab itu juga, Briged-Al Qassam ni ialah tentera yang paling digeruni Israel. Antara sebab Israel tak mulakan lagi serangan darat sebab takut dengan strategi Briged Al-Qassam.
Salah satunya, Briged Al-Qassam gunakan terowong rahsia bawah tanah untuk buat serangan hendap terhadap tentera Israel. Terowong ni ada ribuan rangkaian dan kebanyakannya dipasang perangkap bom. Ramai tentera Israel terbunuh akibat perangkap bom tersebut.
Disebalik topeng hitam yang dipakai, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. Doakan kejayaan mengiringi mereka.
Baca juga: Terkini! Lelaki ini kongsi letak handphone atas paha semasa memandu boleh dikenakan saman