Siapakah pelakon yang paling kaya dalam movie Harry Potter? Emma Watson merupakan wanita yang mula menceburi dunia lakonan pada usia sembilan tahun.
Nama sebenar beliau adalah Emma Charlotte Duerre Watson, ketika itu, tidak siapa mengenalinya dalam filem yang diadaptasi daripada novel terkenal, Harry Potter.
Bagaimanapun, ketika siri Harry Potter and the Philosopher’s Stone diterbitkan, namanya meledak dan berjaya meraih populariti.
Siapa sangka, dia berjaya memenangi pelbagai anugerah termasuk trofi Aktres Terbaik.
Malah, Emma juga menjadi pelakon remaja paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaan mencecah RM1 billion.
Bagaimanapun baru-baru ini, timbul khabar angin aktres yang turut terkenal dengan filem Beauty and The Beast itu besar kepala di sebuah set penggambaran filem.
Menyangkal tuduhan tidak berasas itu, Emma menyifatkan ia sengaja ‘dipanaskan’ pihak tidak bertanggungjawab.
Enggan ambil pusing dengan gosip terbabit, Emma melihat ia sebagai asam garam anak seni.
Menikmati hidup sebagai bintang terkenal, aktres berusia 28 tahun itu mengaku dia wanita yang naif dan ulat buku. Dia suka belajar dan tidak akan berhenti menggali ilmu.
“Ramai bertanya mengapa saya perlu belajar lagi sedangkan saya sudah popular dan kaya dengan hasil lakonan.
“Mereka semua tak tahu betapa bahagianya menjadi seorang pelajar dan dikelilingi rakan di luar dunia glamor,” katanya.
Tambah Emma, selain cenderung belajar dia juga mahir mengenai fesyen. Dia gemar berkolaborasi dengan banyak pemilik butik fesyen tersohor serta mempunyai label fesyen sendiri.
“Saya bukan orang yang melihat jenama, asal cantik saya pasti suka. Namun, saya ada beberapa koleksi jenama mewah.
“Saya wanita tipikal yang akan meminjam atau menyewa sesuatu yang saya suka untuk digayakan dalam mana-mana acara istimewa dan memulangkan semula tepat pada masanya macam Cinderella,” katanya.
Baca juga: Pewaris L’Oréal seorang wanita, orang ke-12 terkaya di dunia dengan aset RM459.5 bilion