Silaplah, pihak pengurusan Sky Bridge tak kenal siapa yang buat aduan tentang benarkan mat saleh potong barisan iaitu seorang peguam.
Setelah 24 jam berlalu dari posting yang telah beliau pinned di wallnya, ramai yang kata Petronas Twin Tower telah memohon maaf.
Pemilik Facebook Shamsuddin Nawawi setelah membaca dengan teliti pihak pengurusan langsung tidak merujuk kepada apa yang berlaku seperti yang beliau tuliskan.
“Tidak juga merujuk kepada insiden yang berlaku atau pun mengenai posting saya.
“Jadi PETRONAS Twin Towers memohon maaf mengenai apa? Kepada siapa?
“Tidak juga merujuk kepada insiden seperti masa dan tarikh yang saya sebut. Atau pun kepada tiket yang telah saya paparkan serta gambar 2 orang yang saya juga paparkan.
“Saya tidak dapat terima memohon maaf itu,”katanya.
Dalam insident pada Jumaat 3 Nov 2023 beliau menulis bahawa teringin pula naik Twin Tower Sky Bridge.
Pukul 11.30 am lebih kurang setelah beratur dapatlah beli tiket untuk slot pukul 4.00 pm.
Harga rakyat Malaysia Senior dan MyKid sama. RM34 sahaja. Ok lah tu dan faham tiket dan giliran naik itu “First Come First Serve”.
Pukul 2.00 pm lebih kurang pergi semula dan duduklah di kerusi bulat di ruang menunggu. Lama juga tunggu hingga 3.45 pm baru boleh beratur untuk scan tiket.
Lebih kurang pukul 3.00 pm datanglah pegawai Melayu yang pakai tie warna Petronas itu ke kerusi bulat sebelah bertanya kepada couple Mat Saleh tiket naik pukul berapa. Mat Saleh itu jawab pukul 4.15 pm. Pegawai itu kenyit mata dan signal suruh couple mat saleh itu ke depan supaya boleh naik awal.
Mulalah tertanya-tanya apa hal pula mat saleh boleh naik dulu. Saya ini yang dah tunggu lebih awal tidak pula dilayan begitu.
Bila ditanya kenapa pula begitu jawapannya mereka ada kuasa untuk dahulukan sesiapa yang difikirkan perlu.
Wah…mat saleh tu baru sampai, badan segar bugar bertatoo, pasangan perempuannya pun tak nampak cacat pun. Saya ini dengan rakyat yang pegang MyKid tak pula dilayan begitu.
Bila hati sudah panas, suara pun tinggi sikit, pegawai pakai tie Petronas itu cuba bagi alasan. Give me a minute to explain…give me a minute to explain. Saya akan panggil encik juga lepas ini.
Lepas ini? Lepas mat saleh dah dilayan penuh keistimewaan?
Encik, saya bukan racist katanya. You admit you are racist!
Kalau saya nampak mat saleh itu naik dulu dari saya, you will see my posting in Facebook! Itu amaran saya.
Pegawai yang seorang lagi itu bila ditanya masa dia tempekkan sticker ke baju saya, dia boleh jawab “Up to you lah Encik. Reportlah kepada management janganlah masuk Facebook. Professionallah sikit.”
Inilah Melayu. Bila nampak mat saleh bukan main lagi. Mengelenyat nak layan. Melayu yang patuh ikut giliran ini boleh letak tepi.
“So, atas cabaran yang diberi, ini lah saya masukkan dalam Facebook. Posting ini public dan terbuka kepada semua orang within and without Facebook.
“Kalau management #Petronas Twin Tower nampak, nak komen boleh, nak berhujah pun boleh. Nak bukti, boleh tengok CCTV.
“Ada satu couple dari Sarawak dengan saya juga tadi. Mereka pun menyaksikan kejadian”,katanya.
Baca juga: Rupanya orang tua disebalik Zus Coffee bukan ‘Zeus’, ini cerita sebena