Kebelakangan ini sering kali kita dengar kes suami curang dengan perempuan lain di belakang isteri. Baru-baru ini telah tular lagi kisah suami yang mempunyai perempuan simpanan di laman Facebook. Isterinya telah berkongsi satu hantaran di Facebook Cinta Suami Isteri yang memaparkan perbualan suaminya dengan wanita itu. Malah, nama wanita itu disimpan sebagai ‘Wan Aircond Man’ bagi mengaburi mata isteri.
Si isteri nyata sangat terkejut apabila mendapat tau tentang kecurangan si suami dan tidak menyangka berlaku pada dirinya sendiri. Kegiatan suaminya terbongkar setelah mereka pulang dari Kalimantan apabila dia mulai ragu melihat senarai nama individu yang dihubungi suaminya.
Selain mesej-mesej mesra mereka, paling mengejutkan sudah tentu tindakan lelaki itu yang membelikan satu unit kondominium untuk kekasih gelapnya.
Diakhir pendedahan yang dibuat, wanita tanpa mendedahkan identiti itu mengatakan yang sekarang barulah dia faham mengapa ada isteri mengadu suami kerap berada di parking kereta apabila sampai di rumah. Rupanya mahu menghantar laporan kepada kekasih hati bahawa sudah sampai dan jangan hubunginya lagi.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat isteri itu supaya terus kuat. Ada juga yang menceritakan pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.
Walau bagaimanapun, ada juga yang menyatakan bahawa perkongsian tersebut sekadar konten dan pasangan itu juga dalam keadaan baik baik sahaja. Apa-apa pun hal rumah tangga tidak sewajarnya dijadikan bahan gurauan kerana dikhuatiri mendatangkan masalah di masa hadapan.
Baca juga: Isteri jutawan kongsi belanja RM74,744 sehari untuk diri sendiri buat netizen melopong