Pemuda ini menjadi kaya-raya dengan sekelip mata apabila memenangi kes tuntutan wang berjumlah RM5.73 juta atau AS$1.2 juta peninggalan arwah bapanya.
Bapanya yang meninggal dunia 10 tahun lalu menyebabkan beliau menemui buku simpanan bank berusia enam dekad dan tiada sesiapa dalam keluarga mengetahuinya.
Exequiel Hinojosa dari Chile memberitahu bapanya telah menyimpan wang itu antara tahun 1960 hingga 1970 an untuk membeli rumah.
Hasil menyimpan dengan kadar faedah dan inflasi jumlah itu mencecah hampir AS$1.2 juta hasil simpanan berdekad itu.
Malangnya, lelaki itu mengetahui bank tempat bapanya menyimpan wang itu sudah ditutup lama dahulu.
Rupanya buku bank tersebut didapati tidak bernilai, tetapi buku simpanan yang ditemuinya mempunyai butiran penting yang menunjukkan, sekiranya bank tidak dapat membuat pembayaran, kerajaan akan mengambil alih kawalan.
Ekoran itu kerajaan semasa tidak dapat menyelesaikan kes itu membuatkan Hinojosa terpaksa membawa kes itu ke mahkamah menuntut hak keluarganya.
Mahkamah memutuskan tuntutan itu memihak kepada keluarga Hinojosa, namun kerajaan membuat rayuan.
“Wang itu milik bapa kami. Dia menyimpannya dengan hasil kerja kerasnya yang dijamin dengan komitmen kerajaan.
“Jika sistem keadilan, mahkamah agung, mahkamah rayuan memutuskan memihak kepada saya, yang tinggal untuk menyelesaikan masalah ialah membayar apa yang perlu dibayar, tidak lebih dan tidak kurang,” kata Hinojosa.
Akhirnya, Mahkamah Agung memutuskan kerajaan membayar pampasan kepadanya AS$1,100,000 (RM5.26 juta) bersama-sama dengan faedah dan elaun.
Baca juga: Baru kahwin dah kena cerai dengan suami pengarah filem terkenal, netizen petik nama Ira Kazar