‘Simple’ katanya pakai baju raya tema ini ziarah kubur

Gelagat usahawan dan pempengaruh, Syed Muhammad Syah Hasif memilih tema Barbie untuk Hari Raya tahun ini memang menarik perhatian netizen.

Dikenali Prince Syed, dia telah membelanjakan kos kira-kira RM4,000 untuk empat pasang baju fesyen berkenaan.

“Pakaian raya yang semua orang nantikan dari kami, Barbie adalah tema raya kami untuk tahun 2024.

“Alhamdulilah, ‘simple’ je baju kami anak beranak kali ini,” katanya menerusi perkongsian di aplikasi TikTok.

Syed Muhammad Syah 32, turut memaklumkan telah mengeluarkan sebuah lagu raya berjudul ‘Tiber Raya’.

“Istimewa untuk semua followers (pengikut) kami, ini adalah hadiah buat semua iaitu lagu raya single pertama lagu raya dari kami berjudul ‘Tiber Raya’ untuk semua raya ini harap semua suka dan terhibur, tahun ini kami beraya di Gerik.

“Inilah suasana kami apabila raya , bersama keluarga dan kawan-kawan baik kami, bila raya semua dapat berkumpul memang satu kenikmatan yang sukar nak digambarkan, dan paling best dan meriahhh raya di kampung,” tulisnya di TikTok.

Rata-rata warganet mengkritik fesyen yang digayakan pempengaruh itu kerana dakwa mereka ia tidak sesuai untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Fesyen apa ni, dunia akhir zaman macam-macam fesyen pelik digayakan, harap tidak jadi ikutan pada masa hadapan,”tulis @ayieshfr.

“Hormatilah Syawal, dahlah atas tanah perkuburan, nanti terkejut mereka yang tengah tidur,”kata @mie45.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @ZekZ67.

“Dahlah musim panas, naik rimas tengok fesyen ini. Mula terbayang aiskrim paddle pop,”katanya.

BACA JUGA Rupanya baju Melayu warna pilihan PM ini lebih popular bukan oren bata