Simptom Microsleep yang perlu anda tahu, jika ada berhenti dan rehat

  • Post author:

Simptom Microsleep yang perlu anda tahu, jika ada berhenti dan rehat. Ia merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh antara 1 hingga 30 saat.

Microsleep boleh terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga. Ia juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Ia berbahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.

Simptom-simpton Microsleep:

  1. Tersengguk-sengguk
  2. Mata terkebil-kebil
  3. Kelopak mata semakin tertutup atau layu
  4. Tatapan kosong
  5. Lupa kejadian di waktu-waktu terakhir

Selalunya orang yang mengalami microsleep ini tidak sedar, kita sebagai peneman harus menegur mereka terutamanya ketika mereka sedang memandu. Bimbang mereka tertekan minyak dan kemalangan dengan merempuh penghadang di atas jalan raya

Apakah puncanya?

Biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.

Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.

sumber KKM

Langkah pencegahan:

  • Rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan
  • Jangan memandu jika mengantuk
  • Bertukar pemandu jika boleh
  • Berhenti seketika untuk tidur selama 15 ke 20 minit
  • Berbual dengan teman seperjalanan
  • Mengerakkan tubuh badan
  • Pastikan minum air secukupnya

Jika anda adalah peneman, pastikan sentiasa alert dengan rakan atau ahli keluarga yang sedang memandu. Jangan pula anda tidur daripada mula perjalanan sehingga sampai ke destinasi. Sudahlah menumpang, tidur pula.

Baca Juga: Asparagus boleh sebabkan kencing busuk

Baca Juga: Kereta dilanggar belakang ketika Hari Raya ‘mengejut’, jangan maki hamun, ikuti 14 tips apa patut dibuat