Penyakit sindrom down tidak menghalang wanita ini jadi hafizah yang pertama di dunia. Rawan Dweik, seorang wanita berkeperluan khas yang mempunyai impian serupa.
Rawan berjaya menjadi wanita sindrom down pertama dunia yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran dan bergelar hafizah. Kini berusia 28 tahun, merupakan seorang warga Jordan dan anak bongsu daripada enam beradik.
Ibunya, Awatef Jaber menjadi tulang belakang keluarga, sumber inspirasi dan pendorong utama kejayaan Rawan sejak kematian bapanya.
Walaupun keadaannya tidak normal, Awatef menyedari Rawan seorang anak yang pintar apabila mampu menghafal surah-surah pendek dalam masa singkat.
Menurut Awatef, awalnya dia mendaftarkan Rawan di sekolah rendah ketika berusia 6 tahun dan meninggalkan sekolah pada penghujung darjah 7 atas kerelaannya sendiri.
Jelasnya, dia kemudian mula mengajar Rawan menggunakan kaedah membaca dan kemudian menulis semula ayat al-Quran satu demi satu.
Awatef kemudian meminta Rawan mengulangi lebih 10 kali sehingga mampu menghafaznya.
Rawan mengambil masa setahun setengah untuk menghafal Surah Al-Baqarah dan berjaya dengan cemerlang dalam ujian bersama gurunya.
Rawan dilaporkan terus menghafaz al-Quran dengan kadar biasa selama tujuh tahun dan berjaya menyempurnakan hafazannya pada 29 Ramadan 2021.
Presiden Majlis Tinggi untuk Hak Orang Kurang Upaya, Putera Mired turut memberi penghormatan kepada Rawan di atas keupayaan istimewanya.
Putera raja itu malah mengucapkan tahniah kepada Rawan atas pencapaiannya dan menzahirkan penghargaan atas motivasi dan inspirasi yang dipamerkan keluarga hebat itu.
Baca juga: Terkejut hutang air RM27 juta hanya kerana 4 jajahan di Kelantan tidak bayar bil