Singapura jadi negara keenam halang Ustaz Somad masuk negara

  • Post author:

Singapura jadi negara keenam halang Somad masuk negara. Penceramah bebas popular dari Indonesia, Abdul Somad Batubara dihalang daripada memasuki negara itu.

Memetik laporan Awani, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura berkata, Abdul Somad yang tiba di republik itu pada 16 Mei telah dihantar pulang ke Batam, Indonesia pada hari sama selepas tiba di Terminal Feri Tanah Merah.

Selain Abdul Somad, 45, enam individu lain yang datang bersamanya turut tidak dibenarkan memasuki Singapura.

Menurut MHA, Abdul Somad didakwa sebagai ‘pelampau dan pendukung dasar pemisahan’ yang sama sekali tidak boleh diterima Singapura sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama.

“Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin dan dianggap sebagai operasi ‘mati syahid’.

“Dia juga pernah membuat kenyataan yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain, seperti orang Kristian, dengan menyifatkan salib sebagai tempat tinggal ‘jin kafir’,” menurut kenyataan yang disiarkan di laman web kementerian itu.

Mengulas lanjut, kementerian itu berkata, walaupun Abdul Somad cuba memasuki Singapura atas sebab lawatan sosial, tetapi pemerintah memandang serius sesiapa sahaja yang menyokong keganasan atau mendukung ajaran pelampau serta memecah belah masyarakat.

Ujar kementerian itu lagi, setiap kes dinilai berdasarkan merit tersendiri.

Sebelum ini, Abdul Somad dilaporkan dihalang memasuki:

  • Hong Kong pada Disember 2017
  • Timor Leste 2018
  • Switzerland, Jerman dan United Kingdom 2020

Susulan tindakan Singapura, Abdul Somad pada Isnin menuntut penjelasan dan menyifatkan republik itu sebagai ‘sombong’.

Memetik laporan media, Abdul Somad percaya sekatan terhadapnya mungkin berkaitan dengan larangan sama di Timor Leste pada 2018 ketika namanya dimasukkan ke dalam senarai pengganas.

Baca Juga: 19 tahun hidup bersama, Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bercerai

Baca Juga: Rakyat tertanya di mana kek aku yang dihiris-hiris