Sistem kesihatan tenat, Dr Hisham minta kerajaan laksana PKP semula

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak Covid-19, dengan mencadangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih “disasarkan” untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.

Semasa sidang media petang ini, dia berkata sistem penjagaan kesihatan kini sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pesakit dan sedang berada pada tahap ‘hampir tenat’ (breaking point) sekarang.

“(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pesakit di kemudahan kami.

“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita … tetapi untuk mengurangkan beban,” katanya.

Kata Noor Hisham bukan saja sistem intervensi kesihatan awam seperti pengesanan kontak rapat ditangguhkan, tetapi ia tidak lagi optimal.

Katanya, negara kini memerlukan “pemutus litar” (circuit breaker) dan telah mengusulkan supaya kerajaan menerapkan versi ‘PKP bersasar’ untuk menurunkan jumlah kes.

“Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

“Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah – kita akan lebih setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan.

“Perbincangan sedang berlangsung dan mungkin kita akan membuat beberapa keputusan secepat mungkin,” katanya.

sumber: https://www.malaysiakini.com/news/557887

COMMENTS